32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kadir Sheikh Fadzir Mengemukakan Tuntutan RM70 Juta terhadap Alif Syukri

    Shopee Sale



    Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menuntut bayaran RM70 juta daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, atas dakwaan memfitnah.

    Minta ganti rugi

    Menerusi laporan BH Online, Abdul Kadir berkata, Aliff Syukri mengeluarkan kenyataan fitnah di Instagram dan Facebook pada 2 Julai tahun sama.

    Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan mendakwa kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan jutaan ringgit, selain gambar plaintif diletakkan pada kenyataan yang mengundang komen negatif daripada pembaca.

    Selain tuntutan RM70 juta, bekas menteri itu meminta ganti rugi yang dinilai mahkamah dan perintah supaya defendan memberi aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat disiarkan di akaun media sosial usahawan terbabit selama tujuh hari.

    Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaan pula mendakwa membuat bayaran pelaburan RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 membabitkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

    Pihak-pihak dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang dilaburkan saya dan segala pelanggaran janji sedemikian termasuk aku janji diberikan kepada saya adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri.

    Ketika prosiding hari ini, Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes saman itu selama tiga hari pada awal 2026.

    MENARIK:  Tips Jimat & DIY: Kegunaan Kulit Telur Yang Wajib Korang Cuba, Boleh Dijadikan ‘Masker’ Muka Tau!

    Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, memutuskan 6 hingga 8 Januari 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah