25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jojo One Nation Emcees Meninggal Dunia, Rebah Di Masjid Ketika Perjumpaan Kumpulan Tabligh

    Shopee Sale



    Anggota kumpulan One Nation Emcees iaitu Jojo atau nama lengkapnya, Nur Hasan Balas meninggal dunia pada pagi Ahad.

    Jojo meninggal dunia

    Foto: Zayyan

    Berita pemergian itu dikongsikan oleh sahabat Jojo iaitu Mohd Hafizul menerusi hantaran di laman Facebook. Allahyarham yang berusia 50 tahun itu meninggal dunia selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.

    Sementara memetik laporan mStar, Mimy Fly iaitu vokalis One Nation Emcees memaklumkan menerima berita tersebut daripada isteri Allahyarham yang kini berada di Taiping, Perak.

    Dia memang pernah mengalami strok beberapa bulan lepas. Saya dapat tahu dia tiba-tiba rebah di masjid ketika perjumpaan kumpulan tabligh.

    Baru tadi saya dapat panggilan daripada isterinya yang berada di Taiping. Saya tidak tahu lagi secara terperinci.

    Tambah Mimi, meskipun sudah lama tidak berjumpa Jojo tetapi mereka kerap berhubung malah merancang untuk bertemu dalam masa terdekat.

    Dua hari lepas kami baru berhubung dan ada perancangan untuk melakukan bisnes raya bersama.

    Jojo ini baik orangnya, saya dah lama tak jumpa dia. Kami hanya berhubung menerusi panggilan telefon kerana dia menetap di Taiping, Perak.

    Hantaran Facebook

    MENARIK:  Video Viral: Aliff Aziz & Ruhainies Berlakon Seperti Biasa Sejam Sebelum Bella Astillah Mengajukan Permohonan Perceraian

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah