30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jaja Ishak Angkat Kisah Ibu Pilih Kasih Dengan Anak, Harap ‘Rahsia Kelabu’ Dapat Suntik Kesedaran

    Shopee Sale



    rahsia kelabu jaja

    Enggan menumpukan kisah cinta, penerbit Jaja Ishak memilih untuk mengangkat nashkah hubungan adik beradik dalam telefilem Rahsia Kelabu yang sudah bersiaran sejak 29 Mac lalu.

    Kisah tentang keluarga

    jaja ishak

    Ketika ditemui OhBulan, Jaja berkata dia mahukan kelainan dengan mengetengahkan jalan cerita bertemakan kekeluargaan dan hubungan adik beradik.

    Rahsia Kelabu menampilkan kisah antara dua beradik lelaki. Kami memberikan fokus terhadap cerita yang mempunyai tema kekeluargaan dan hubungan adik beradik.

    Menariknya, Rahsia Kelabu mendapat sentuhan pengarah tersohor, Isma Yusoff dan karya ini juga menyuntik elemen thriller dalam jalan ceritanya.

    Rahsia Kelabu menampilkan lakonan hebat Kamal Adli, Yusof Hashim, Khatijah Tan, Nelissa Nizam, Hazrat Muaz dan ramai lagi.

    Ibu pilih kasih

    rahsia kelabu

    Tambah Jaja, Rahsia Kelabu mengangkat realiti kehidupan memaparkan seorang ibu yang mempunyai dua orang cahaya mata namun bersikap pilih kasih dengan anak sulungnya.

    Ia mengisahkan seorang ibu yang dilakonkan oleh Khatijah Tan, mempunyai dua orang anak namun ibu melebihkan abang sehingga membuat adik rasa tersisih.

    Watak abang bernama Rahimi dilakonkan oleh Kamal Adli manakala watak adik bernama Rizal pula dilakonkan oleh Yusof Hashim. Gara-gara sikap ibunya yang pilih kasih, Rizal memendam rasa dan akhirnya ia menimbulkan dendam.

    Dalam pada itu, Jaja berharap agar karya terbitan Jaja Ishak Channel Sdn Bhd ini mendapat sambutan menggalakkan serta memberi pengajaran yang baik kepada penonton.

    Sudah pastinya saya berharap karya terbitan saya dapat sambutan. Namun begitu, apa yang saya benar-benar impikan cuma satu.

    Saya berharap naskhah ini menjentik hati penonton, terutamanya ibu bapa untuk tidak bersikap selektif atau pilih kasih dalam menyayangi anak.

    Jangan lupa saksikan telefilem Rahsia Kelabu yang ditayang jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Dakwa Kedai Sepi Kerana ‘Review’ Pempengaruh, Peniaga Tampil Beri Penjelasan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah