Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil memberi respons apabila terdapat segelintir netizen mengkritik dan mengecamnya secara terbuka di media sosial.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Menyamar Jadi Pelayan Hotel Demi ‘Surprise’ Peminat
Artikel Berkaitan: ‘Content Creators, Janganlah Buat Video Yang Langgar Undang-Undang & Petik Nama Orang’ – Uyaina Arshad
‘Kenapa bitter?’

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, memuat naik beberapa tangkap layar yang dipercayai memberi komen negatif terhadap dirinya.
Menurut Uyaina, kebiasaannya dia memilih untuk berdiam diri dan tidak akan membaca komen buruk mengenai dirinya.
Bagaimanapun, Uyaina bertindak untuk bersuara selepas mengetahui dirinya menjadi bahan bualan di media sosial.
Saya tidak mengendahkan komen-komen negatif, terutama di dalam bidang ini.
Baru-baru ini, saya dapat mesej di Instagram mengatakan ada orang mengata tentang saya.
Segelintir netizen memang suka ajak orang mengata orang lain secara terang-terangan ya? Petty nya.
‘Ini adalah buli siber’

Kata Uyaina, orang ramai tidak sepatutnya menjadikan buli siber sebagai amalan dan kebiasaan di media sosial.
Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni?
Adakah perkara ini okay? Perangai macam ini diterima ke di zaman 2025 ni?
Mana-mana komen yang boleh saya perbaiki diri, saya akan cuba perbaiki.
Tetapi sekiranya yang serang bersifat peribadi itu adalah buli siber dan perkara itu tidak okay.
Sebelum ini, terdapat seorang individu memuat naik hantaran di Threads mengatakan dia kurang senang melihat Uyaina di kaca televisyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai selepas segelintir netizen secara terbuka memberi pendapat serta berkongsi cerita tentang keperibadian Uyaina hingga mengundang buli siber.
Sumber: Instagram, Threads
The post Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’ first appeared on OHBULAN!.





