26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Rawatan Laser Pada Kemaluan, Asma Harun Puji Shasha Abdul Aziz Tak Melatah Ditegur – ‘Seorang Yang Matang & Kuat’

    Shopee Sale

    Reaksi tenang dan berlapang dada yang ditunjukkan oleh usahawan, Shasha Abdul Aziz selepas ditegur berhubung tindakannya melakukan rawatan laser pada bahagian kemaluan mendapat pujian pendakwah, Ustazah Asma Harun.

    Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akui Kesilapan, Terima Teguran Ustazah Asma’ Harun – ‘Saya Belajar Sesuatu Yang Baru’

    ‘Sangat profesional’

    Menerusi hantaran di Instagram, Asma berkata, reaksi Shasha yang tidak melatah sebaliknya memilih untuk mendengar dan memperbetulkan keadaan mencerminkan kematangan serta kekuatan jati dirinya.

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shasha dengan respon yang sangat profesional, tenang serta menunjukkan bahawa Shasha seorang wanita yang matang, kuat, sangat terbuka dan berlapang dada.

    Saya sendiri rasa kagum dan merasakan saya perlu menunjukkan penghargaan ini.

    Dalam pada itu, Asma turut membacakan sebahagian kenyataan Shasha yang menjelaskan niat asalnya berkongsi pengalaman melakukan rawatan tersebut tanpa menyedari implikasi hukum.

    Saya (Shasha) mengerti bahawa topik ini mungkin agak sensitif kerana orang ramai memiliki pendapat dan kepercayaan yang berbeza.

    Saya berkongsi perjalanan sebagai seorang ibu yang bercakap secara jujur tentang kesihatan wanita. Selepas saya memberikan penjelasan bahawa rawatan ini disifatkan sebagai haram, barulah tahu.

    Menurut Asma, pengakuan tersebut wajar difahami dalam konteks kejahilan yang bukan disengajakan dan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengecam secara berlebihan.

    Apabila situasi seseorang itu benar-benar tidak tahu atau jahil, maka kesalahan itu dimaafkan. Kita juga seharusnya berhenti mengecam atau menyebarkan perkara ini dalam bentuk sensasi, kelucahan atau pendedahan melampau.

    Saya melihat komen-komen kadangkala terlalu melampau. Kita perlu terima bahawa memang ada orang yang benar-benar tidak tahu dan ini adalah sesuatu yang baharu.

    Mengulas aspek hukum, Asma menjelaskan bahawa Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan juga telah memperincikan isu rawatan mengetatkan atau mencerahkan bahagian kemaluan wanita.

    MENARIK:  Ketangkasan Hairul Azreen Depan Gawang Raih Perhatian Netizen – ‘Lagi Padu Dari Onana’

    Bagaimanapun, Asma menegaskan bahawa fokus utama perbincangan ini bukan untuk menghukum, sebaliknya mengambil pengajaran daripada sikap Shasha yang menerima teguran dengan hati terbuka.

    Sebagai penutup, Asma menyeru golongan berpengaruh agar menjadikan sifat malu sebagai benteng utama sebelum berkongsi atau mempromosikan sesuatu perkara kepada umum.

    Malu itu sebahagian daripada iman. Ia menjadi tapisan awal sebelum kita bertindak, walaupun ketika kita belum mengetahui hukum sebenar.

    Semoga Shasha terus bahagia, tenang dan berjaya. Semoga Allah kurniakan rezeki yang berkat serta menjadikan Shasha dan suami berkasih sayang hingga ke syurga.

    Sumber: Instagram

    The post Isu Rawatan Laser Pada Kemaluan, Asma Harun Puji Shasha Abdul Aziz Tak Melatah Ditegur – ‘Seorang Yang Matang & Kuat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah