Pelakon Rita Rudaini memfailkan pembelaan terhadap saman yang difailkan terhadap dua tokoh akademik berhubung isu melibatkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.
Artikel Berkaitan: ‘Tugas Saya Sebagai Wanita Adalah Mendidik Generasi Lebih Baik’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza Sembahyang Tanpa Telekung – ‘Yang Tanya Tu Solat Tak?’
Rita Rudaini fail pembelaan

Memetik laporan Kosmo Online, Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, mengemukakan tuntutan balas terhadap Profesor Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor dan Dr. Saidah Haris @ Harith selaku defendan pertama dan kedua serta peguam mereka sebagai defendan ketiga.
Rita juga mendakwa sidang media yang diadakan oleh kedua-dua individu berkenaan pada 7 Disember 2025 mengandungi kenyataan bersifat fitnah dan mengelirukan.
Sidang media tersebut menggambarkan seolah-olah pertelingkahan melibatkan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi, sedangkan saman yang difailkan adalah atas kapasiti individu persendirian.
Saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi. Malah, ketika ia diterajui kepimpinan terdahulu sekitar tahun 2022 hingga 2024, saya antara individu yang sentiasa memberi sokongan.
Apa yang saya persoalkan adalah berkaitan kredibiliti kedua-dua plaintif secara individu. Jadi, mengapa keseluruhan Muafakat termasuk ahli jawatankuasa lain perlu tampil bersama dalam sidang media seolah-olah organisasi itu sendiri yang mengambil tindakan terhadap saya.
‘Isu yang dibangkitkan bukan perkara baharu’

Rita menegaskan bahawa dakwaan mengatakan dia tidak pernah membawa isu tersebut kepada pihak plaintif sebelum bersuara di media sosial adalah tidak benar.
Isu-isu yang dibangkitkan bukan perkara baharu. Saya bersama ibu bapa lain telah lama mengemukakan aduan sejak kedua-dua plaintif memegang jawatan dalam Muafakat MRSM Sungai Besar.
Namun, apa yang mengecewakan adalah kegagalan mereka untuk memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam menangani aduan-aduan tersebut.
Sementara itu, peguamnya, Mohd. Syakirin Syazwan daripada Tetuan Syakirin Syazwan & Co mengesahkan bahawa dokumen pembelaan dan tuntutan balas tersebut telah difailkan mengikut saluran perundangan yang betul.
Sumber: Kosmo Online
The post Isu ‘Prof Kangkung’: Rita Rudaini Dakwa Difitnah, Fail Pembelaan Di Mahkamah first appeared on OHBULAN!.





