30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Irma Hasmie Belum Tinggalkan Dunia Lakonan, Temui Ketenangan Selepas Lalui Fasa Perceraian

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie menegaskan dirinya tidak pernah meninggalkan dunia lakonan mahupun pengacaraan, sebaliknya lebih selektif dalam menerima tawaran kerana mahu memberi keutamaan kepada keluarga.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Irma Hasmie Respon Dakwaan Sudah Kembali Mendirikan Rumah Tangga – ‘Lebih Baik Saya Jaga Percakapan & Elak Fitnah’

    Tak tinggalkan lakonan

    Irma atau nama lengkap Irma Hasmie Ibrahim, 43, berkata, walaupun jarang muncul di kaca televisyen, dia masih aktif berkarya mengikut kesesuaian masa dan komitmen.

    Saya ada saja. Alhamdulillah masih aktif, cuma bila saya mengacara tiada kontrak tetap, sebab itu orang nampak saya jarang muncul.

    Biasanya projek ‘one off’, tapi baru-baru ini saya ada tandatangan kontrak dengan Bernama TV. Insya-Allah projek itu akan ditayangkan tidak lama lagi, ‘shooting’ pun sudah bermula.

    Berlakon pun masih ada tawaran, cuma saya sukar beri komitmen penuh sebab anak-anak masih bersekolah dan saya yang menjaganya sepenuhnya. Kalau watak ‘cameo’, saya boleh usahakan.

    Irma berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana filem Hayya 3: Gaza di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Kehidupan selepas cerai

    Dalam pada itu, Irma memberitahu kehidupannya kini lebih tenang selepas melalui fasa perceraian dan memilih untuk melihat setiap ujian dari sudut pandang positif.

    Saya tak kata benda itu (perceraian) mudah, ada kesukarannya, tapi itu kehidupan. Ujian tetap ada dan kita tak boleh lari. Jadi kita kena hadapi dengan tenang walaupun ada waktunya kita ‘down’, kena cari kekuatan.

    Walau macam mana pun, kita tak boleh bersedih lama-lama dan kena cari jalan untuk teruskan hidup.

    Sebab Allah sentiasa bersama dengan kita, jadi jangan terlalu fikir negatif dan sentiasa positif. Seperti dulu sebelum saya berhijrah, saya tak buat apa yang sepatutnya sebagai Muslim, tapi Allah tetap bagi rezeki.

    Kalau kita usaha menjadi lebih baik dan tinggalkan benda yang tak baik, insyaAllah Allah tolong. Saya tak kata saya baik atau sempurna, tapi bila kita sentiasa mencari ilmu dan mendekati Allah, mustahil Dia akan tinggalkan kita.

    Untuk rekod, Irma mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    MENARIK:  Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Neelofa & PU Riz Bakal Timang Anak Ketiga? – ‘Abbas Akan Jadi Abang’

    Pasangan itu disahkan bercerai sekitar Oktober 2023, sebelum Redza dilaporkan mendirikan rumah tangga kali kedua pada April tahun lalu.

    The post Irma Hasmie Belum Tinggalkan Dunia Lakonan, Temui Ketenangan Selepas Lalui Fasa Perceraian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah