33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Irfan Haris Nyanyi Lagu Wanita Terakhir, Komen Fattah Amin Pula Curi Tumpuan – ‘Nak Versi Duet Dengan Kak Ya Boleh?’

    Shopee Sale



    Perkongsian terbaharu penyanyi, Irfan Haris yang memuat naik dirinya mendendangkan lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin mencuri tumpuan ramai.

    Komen Fattah Amin jadi tumpuan

    " data-video-id="7460451538398448903">
    @irfannharissambutlah cintaku duhai sayang :)? original sound – Irfan Haris

    Menerusi video yang dikongsikan, Irfan yang memakai kemeja berwarna putih dan berseluar panjang berwarna hitam dilihat sedang asyik menghayati bait-bait lirik tatkala menyampaikan lagu Wanita Terakhir.

    Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah komen yang ditinggalkan oleh penyanyi asal lagu berkenaan iaitu aktor Fattah Amin.

    Fattah yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta kakak kepada Irfan iaitu Amira Othman meluahkan hasratnya untuk melihat dua beradik itu berduet mendedangkan lagu Wanita Terakhir.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Nafkah Bukannya Duit Raya, Beg Tangan & Kereta Mewah Tapi Keperluan Asas’ – Iddin Ramli

    Irfan dengan bersahaja menjawab dia tidak keberatan untuk berbuat demikian namun mencadangkan alangkah lebih menarik jika Fattah turut sama berkolaborasi bersama mereka.

    Tidak terhenti di situ, rata-rata netizen akui tidak sabar melihat gabungan tiga sosok berbakat itu. Ada juga dalam kalangan mereka bertanya kepada Irfan adakah dia merestui sekiranya kakaknya itu bertemu jodoh dengan Fattah. Irfan menjawab dia hanya mendoakan yang terbaik buat kakak kesayangannya itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah