28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ini Tarikh Terbaik Untuk Naik Pelamin Tahun Hadapan Menurut Bulan Islam & Sirah Rasulullah SAW

    Shopee Sale

    Memilih tarikh perkahwinan adalah antara perkara penting, bukan sahaja untuk memberi kemudahan kepada mempelai dan tetamu tetapi ia bakal menjadi tarikh istimewa dan bermakna dalam kehidupan mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Kongsi Perkara Yang Perlu Diambil Tahu Sebelum Jadi ‘Rakan Serumah’ – ‘Bersedia Dengan Agama & Betulkan Niat Berkahwin’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perkongsian Amira Othman Tentang Calon Pasangan Kembali Curi Perhatian – ‘Nak Buat Suami, Mestilah Pilih Yang Sesuai’

    Syawal & Muharram

    The Lomaa iaitu sebuah syarikat pengendalian acara, telah berkongsi senarai beberapa bulan yang terbaik berdasarkan pandangan agama Islam untuk pasangan bakal mempelai mendirikan rumah tangga.

    Antara bulan yang baik adalah Syawal iaitu dijangka bakal jatuh pada tarikh 20 March hingga 18 April tahun hadapan. Meskipun dianggap sebagai bulan yang kurang sesuai untuk bernikah namun, Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Aisyah RA pada bulan Syawal.

    Selain itu, bulan Muharram iaitu pada tarikh 18 Jun hingga 17 Julai 2026, merupakan antara waktu yang dicadangkan untuk mendirikan rumah tangga. Muharram adalah bulan pertama di dalam kalender Hijrah Islam, maka ia boleh menjadi simbolik kepada permulaan yang baharu bagi pasangan pengantin.

    MENARIK:  Umie Aida Terharu Nora Danish Sertai Festival Agama Pada Oktober – ‘Bertahun Ku Menanti Kehadiranmu’

    Rabiulawal & Safar

    Seterusnya adalah bulan Rabiulawal dan mengikut tarikh pula ialah pada 17 Ogos hingga 15 September tahun hadapan. Ia merupakan antara bulan penting dalam kalender Islam berikutan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

    Pada bulan ini, puteri Baginda iaitu Ummu Kultsum turut mendirikan rumah tangga bersama Saidina Utsman Bin Affan.

    Di samping itu, bulan Safar yang bakal jatuh pada 16 September hingga 15 Oktober 2026 juga boleh menjadi antara tarikh pilihan bagi bakal suami dan isteri untuk hari bahagia mereka.

    Pada bulan ini, Rasulullah SAW bernikah dengan isteri tercinta iaitu Siti Khadijah. Selain itu, puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra bersama Ali Bin Abi Thalib juga berkahwin pada bulan tersebut.

    Sumber: The Lomaa

    The post Ini Tarikh Terbaik Untuk Naik Pelamin Tahun Hadapan Menurut Bulan Islam & Sirah Rasulullah SAW first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah