
Pengerusi All Star Influencer (ASIA), Datuk Abd. Rahman Soltan menasihati golongan pempengaruh khususnya generasi muda untuk tidak menghasilkan kandungan sosial yang berunsurkan toksik supaya tidak memberikan impak buruk kepada nama mereka sendiri.
Beri tauladan yang baik

Foto: HibGlam
Ketika ditemui , Abd. Rahman berkata, populariti yang diperolehi seharusnya digunakan untuk memberikan tauladan yang baik buat para pengikut dan juga masyarakat.
Pempengaruh di bawah komuniti ASIA sentiasa dinasihatkan untuk tidak menghasilkan kandungan toksik. Mungkin content itu lawak tetapi, bila ada haters mereka mungkin tidak dapat kawal situasi itu.
Kami sentiasa terapkan nilai positif dan beri mereka peluang untuk turut serta dalam pelbagai program bermasyarakat anjuran ASIA. Ini penting untuk mereka sedar pengaruh dan kepentingan mereka kepada pengikut.
Apa yang ditunjukkan mereka di media sosial akan menjadi ikutan. Sebab itu kita perlu tunjuk contoh yang baik, pegang prinsip persefahaman antara satu sama lain untuk eratkan hubungan bersama.
Abd Rahman berkongsi perkata tersebut ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa ASIA, baru-baru ini.
Pada majlis yang bertempat di Glenmarie, Shah Alam itu, pihak komuniti ASIA telah menyantuni lebih 100 anak-anak yatim dan tahfiz dari tiga buah rumah kebajikan di sekitar Lembang Klang bersama artis serta beberapa pempengaruh di bawah komuniti tersebut.
Dalam pada itu, Abd. Rahman turut menasihati golongan pempengaruh untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan tidak bergantung kepada konten media sosial semata-mata.
Ujanya, langkah tersebut merupakan persediaan dan langkah awal bagi membantu kelangsungan hidup mereka di masa hadapan.
Jangan bergantung harap kepada kandungan review produk semata-mata. Satu masa nanti, lebih ramai pempengaruh muda akan hadir. Jadi siap sedia dengan perangan masa depan yang lebih tersusun.
Sebab itu kami memberi bimbingan dan sokongan kepada mana-mana pempengaruh yang mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Sekurang-kurangnya mereka sudah ada perancangan.





