Penyanyi Iman Troye berkongsi pandangannya mengenai ciri-ciri lelaki yang serius dalam perhubungan mereka dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Suka Hati Kau Je Tuduh Aku Mengandung, Jumpa Akhirat’ – Iman Troye
Artikel Berkaitan: Akaun Palsu Guna Gambar & Nama Iman Troye, Siap Umum Berita Kehamilan
Lelaki yang serius
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 23, berkata, hubungan yang baik dengan keluarga tidak semestinya menjamin kesungguhan seseorang lelaki untuk menjadikan wanita sebagai isteri.
Berdasarkan pengalaman saya, rapat dengan keluarga atau ibu bapa ni dah tak valid sebab kalau dia nak tinggal, dia tinggal juga.
Namun, menurut Iman lelaki yang serius adalah apabila dia membuat perancangan yang rapi untuk ke fasa seterusnya selain berusaha untuk menghalalkan wanita yang dicintainya.
Tapi yang betul-betul buka mata saya bila lelaki buat perancangan, tanya tahun bila yang kita setuju untuk kita settle down (kahwin), tanya boleh tunggu ke tak kalau nak kahwin lagi dua tiga tahun sebab nak cukupkan simpanan.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Teman tersebut turut menegaskan bahawa seseorang lelaki mestilah menunjukkan komitmen yang jelas dalam hubungan mereka.
Mengutamakan kita, mula letak kita sebagai salah satu tanggungjawab harian dia. Sama-sama usaha.
Yang penting lelaki kena sayang kita lebih, sebab sifat wanita ini penyayang.
Sumber: Threads
The post Iman Troye Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Serius Dalam Perhubungan – ‘Bila Dia Buat Perancangan & Letak Sebagai Tanggungjawab’ first appeared on OHBULAN!.





