28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hun Haqeem Simpan Impian Jadi Penyanyi Sejak Kecil

    Shopee Sale

    Pelakon Hun Haqeem mendedahkan bahawa sebelum bergelar pelakon, dia pernah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi.

    Hun Haqeem nak jadi penyanyi

    Ketika ditemui oleh , Hun atau nama penuhnya Haqeem Hermy, 27, berkongsi tentang minatnya terhadap muzik sejak kecil.

    Impian nak jadi penyanyi tu sentiasa ada. Apparently saya memang tak jauh dengan muzik. Malah, salah seorang adik saya, main gitar dan pernah berada dalam sebuah band.

    Jadi kami memang selalu bermain muzik di rumah, kadang-kadang tutup TV dan just main muzik sama-sama.

    Hun juga memberitahu bahawa dia boleh bermain gitar, menjadikan muzik sebagai salah satu aktiviti harian bersama keluarga.

    Dia menambah bahawa minat itu timbul kerana pengaruh muzik band Indonesia, Radja, yang kerap didengarnya ketika zaman persekolahan.

    Masa sekolah dulu semua orang cakap nak jadi bomba, doktor, arkitek. Saya cakap nak jadi penyanyi. Mungkin sebab masa tu saya tengah suka satu band, Radja. 

    Kami selalu dengar kaset Radja dalam perjalanan ke sekolah dan buat macam carpool karaoke dengan ibu. Jadi bila cikgu tanya, ‘Kau nak jadi apa?’ Saya jawab, ‘Penyanyi, cikgu.’

    Dalam perkembangan lain, Hun selepas ini bakal mengembangkan kariernya menerusi lagu ciptaannya sendiri.

    MENARIK:  ‘Bagi Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza Layak Diiktiraf, Dia Pakar Dalam Bidang Seni’ – Azharina

    Untuk info, Hun Haqeem tercalon dalam kategori Selebriti Paling Viral di Paling Viral Online.

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025 dengan maksimum 50 undian setiap hari.

    Malam kemuncak OhBulan Paling Viral Online bakal berlangsung pada 19 Disember 2025 jam 9 malam di TikTok OhBulan.

    Untuk mengundi dan mendapatkan maklumat lanjut sila layari www..com/palingviralonline.

    The post Hun Haqeem Simpan Impian Jadi Penyanyi Sejak Kecil first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah