26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hock Kee Kopitiam Kini Buka Outlet Ke-16 Di Sunway Square Mall, Ini Yang Buat Ramai Teruja!

    Shopee Sale

    Kalau sebut pasal kopitiam yang bawa rasa Malaysia sebenar, nama Hock Kee Kopitiam memang tak asing lagi. Bermula dari Johor Bahru pada 2018, jenama ni terus berkembang dan kini rasmi membuka outlet ke-16 mereka di Sunway Square Mall, destinasi gaya hidup terbaru di Sunway City Kuala Lumpur.

    Pembukaan ni bukan sekadar tambah cawangan, tapi satu lagi simbol perjalanan Hock Kee yang penuh makna, dari zaman MCO sehingga berjaya menerima pengiktirafan pensijilan Halal JAKIM pada 2024.

    Bukan sekadar nombor, tapi outlet yang penuh makna!

    Menariknya, walaupun outlet Sunway Square ini adalah outlet yang ke-16, Hock Kee sebenarnya masih “mengira” ia cawangan pertama mereka yang dahulunya terpaksa ditutup ketika MCO dulu. Bagi pengasasnya, Nick Ng, outlet pertama itulah titik permulaan segalanya, satu peringatan tentang susah senang membina jenama tempatan dari bawah.

    Cerita ni buat ramai rasa lebih dekat dengan Hock Kee, sebab ia bukan kisah bisnes semata-mata, tapi sebuah perjuangan.

    Mengangkat muhibbah melalui setiap hidangan

    Hock Kee Kopitiam kekal konsisten mengangkat nilai ‘Muhibbah’ dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia yang berbeza latar belakang, namun boleh duduk semeja menikmati hidangan yang sama.

    Dengan adanya pengiktarafan pensijilan Halal, setiap menu disediakan agar semua orang boleh makan dengan tenang, tanpa rasa ragu.

    Sejak dari awal penubuhannya, misi Hock Kee jelas dimana mereka menyajikan hidangan Nanyang yang inklusif, autentik dan dekat di hati rakyat Malaysia.

    Satu meja, pelbagai rasa Malaysia!

    Di outlet baharu ni, pelanggan masih boleh nikmati menu kegemaran ramai yang jadi signature Hock Kee seperti:

    • Nasi Lemak Banjir
    • Curry Laksa
    • Steamed Chicken Rice
    • Satay Fried Kuey Teow

    Tak lupa juga hidangan Johor yang jarang jumpa di KL seperti Laksa Johor Asli, Soto Ayam dengan Nasi Impit, dan Lontong, sesuai untuk yang rindu rasa selatan.

    MENARIK:  Haliza Maysuri Sarung Busana RM185,000 Bukan Untuk Bermegah, Hargai Karya Pereka – ‘Apa Pendapat Anda?’

    Kualiti dijaga dan rasa kekal sama

    Satu benda yang buat Hock Kee kekal relevan adalah semua hidangan dibuat segar dan made-to-order. Mereka tak guna makanan sejuk beku atau siap awal. Dengan operasi dapur yang standard dan kawalan kebersihan yang ketat, kualiti rasa dijaga sama di semua cawangan.

    Tak hairanlah walaupun dah hampir 8 tahun, menu Hock Kee masih berkembang tanpa hilang identiti masakan tempatan.

    Dari kopitiam tempatan ke destinasi kegemaran ramai

    Menjelang hujung 2025, Hock Kee Kopitiam menyasarkan pembukaan lebih banyak outlet di seluruh negara. Visi mereka masih sama iaitu jadi tempat singgah yang selesa untuk keluarga, pelancong, dan sesiapa saja yang cari rasa comfort food Malaysia.

    Di mana pun kita berada, bila jumpa Hock Kee, rasa macam balik rumah.

    Nak makan lokal? Cari Hock Kee paling dekat dengan korang!

    Kalau korang dekat KL & Selangor, Hock Kee Kopitiam boleh didapati di Bukit Bintang, BBCC (Tuah 1895), Nexus Bangsar South, Makan-Makan by Hock Kee, Eco Sanctuary Mall, Eco Majestic, Kota Damansara, AEON Mall Shah Alam, dan kini Sunway Square Mall.

    Johor pula ada di Sutera Utama, City Square Mall, Eco Botanic, Taman Molek dan Toppen Shopping Centre. Untuk Perak, boleh singgah di Ipoh Parade.

    Jom singgah, rasa sendiri bezanya

    Kalau korang tengah cari tempat makan yang local, inclusive dan rasa betul-betul makanan Malaysia, Hock Kee Kopitiam memang wajib masuk senarai.

    Singgah di outlet terdekat atau kunjungi laman web rasmi Hock Kee Kopitiam untuk info lanjut.

    The post Hock Kee Kopitiam Kini Buka Outlet Ke-16 Di Sunway Square Mall, Ini Yang Buat Ramai Teruja! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah