Penyampai radio dan pengacara popular, Haziq Hussni berkongsi momen perbualan hati ke hati bersama anaknya mengenai bahaya bermain permainan video atas talian, Roblox.
Artikel Berkaitan: Haziq Hussni Enggan Komen Kemelut Antara Elly Mazlein & Jihan Muse – ‘Apa Yang Berlaku Saya Tak Ikut Campur’
Artikel Berkaitan: Salah ‘Landing’ Selepas Jaring Gol, Haziq Hussni Patah Pergelangan Tangan
Kesan permainan video

Menerusi hantaran di Thread, pemilik nama Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 34, meluahkan kebimbangan terhadap kesan jangka panjang berkenaan permainan video terhadap kehidupan sebenar anak-anaknya.
Setuju dengan pandangan tersebut, anak-anak Haziq menerima nasihat dengan hati yang terbuka mengenai akibat pengaruh negatif permainan video itu.
Tadi ada berbual hati ke hati dengan anak-anak pasal bahaya main Roblox. Takut kesannya selepas itu pada kehidupan sebenar.
Mereka terima dengan hati terbuka.
Tinggalkan Roblox

Dalam masa yang sama, salah seorang anaknya turut berkongsi bahawa hampir seluruh rakan sekelasnya juga membuat keputusan untuk berhenti bermain permainan video yang popular itu.
Daddy, kelas saya 16 daripada 17 murid dah cakap nak berhenti Roblox.
Seorang itu tidak mahu berhenti sebab Robux dia banyak lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Haziq yang peka terhadap keselamatan anak-anak dalam dunia digital masa kini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki telah ditikam oleh abangnya yang didakwa terpengaruh dengan sebuah aplikasi permainan atas talian.
Sekadar info, Haziq telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 bersama Ayunda Putri Mekarsari dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Thread
The post Haziq Hussni ‘Heart To Heart’ Dengan Anak Bahaya Permainan Video – ‘Mereka Terima Dengan Hati Terbuka’ first appeared on OHBULAN!.





