24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fazley Yaakob Pesan Elak Buka Aib Bekas Pasangan Di Media Sosial – ‘Masa Buat Memang Geram & Puas Hati…’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob menitipkan nasihat buat orang ramai khususnya pasangan yang telah bercerai.

    Artikel Berkaitan: ‘Ketiak Bersih Tu Penting’ – Fazley Yaakob Dedah Ciri Wanita Idaman, Suka Yang ‘Chubby’ & Kulit Cerah

    Artikel Berkaitan: ‘Tidak Perlu Jadi Penyokong Isteri Atau Suami, Masing-Masing Tetap Tutup Aib Sendiri’ – Fazley Yaakob

    Tak perlu kongsi

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Ahmad Fazley Yaakob, 47, mengingatkan pasangan yang telah berpisah agar tidak membuka aib bekas pasangan di media sosial demi menjaga maruah dan kesejahteraan semua pihak.

    Fazley berpendapat berkongsi perkara negatif ketika emosi sedang memuncak hanya memberi kepuasan sementara namun kesannya boleh menghantui diri pada masa hadapan.

    Kalau bolehlah kan, cuba elakkan buka aib bekas pasangan di media sosial.

    Masa buat (muat naik) tu memanglah geram dan puas tapi suatu hari nanti akan rasa, ‘kenapalah bodoh sangat tidak fikir panjang masa buat?’

    Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang kebanyakan mereka bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh cef itu.

    MENARIK:  VIDEO: Anak Arwah Pengasas Dnars Mendakwa Disihir Selepas Kematian Ibu, Ada Orang Tak Puas Hati Dengan Perniagaan

    Sumber: Threads

    The post Fazley Yaakob Pesan Elak Buka Aib Bekas Pasangan Di Media Sosial – ‘Masa Buat Memang Geram & Puas Hati…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah