26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fathia Latiff Berkongsi Foto Menyeronokkan Pipi Dicium Lelaki Di Jepun

    Shopee Sale



    FL

    Nama pelakon Fathia Latiff tidak pernah menyepi selepas kontroversi menyamakan aktres, Zahirah MacWilson seperti bibik atau pembantu rumah.

    Lelaki cium pipi

    fathia cium pipi

    Terbaru, hantaran Fathia di Instagram (IG) kembali panas selepas memuat naik gambar bersama seorang lelaki ketika bercuti di Jepun. Pelakon berumur 36 tahun dilihat ‘berani mati’ memuat naik foto dicium di pipi oleh jejaka yang tidak diketahui identiti.

    Kapsyen ringkas juga ditulis yang membawa maksud jantung hati.

    Meskipun pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff menutup ruangan komen namun rata-rata netizen ‘serbu’ di hantaran lain. Warganet meluahkan rasa kesal melihat perbuatan pelakon drama Ariana Rose yang tanpa segan silu menayang kemesraan dengan lelaki bukan mahram.

    Selain itu, mereka menyifatkan Fathia tidak matang serta terlampau ‘try hard’ untuk mencuri perhatian orang ramai.

    Sebelum ini, nama Fathia hangat diperkatakan warganet selepas mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik di bibirnya dan mengatakan dia lebih lawa.

    MENARIK:  Dahlia Rizal Bimbang Mata Anak Juling, Netizen Kongsi Pengalaman – ‘Baby Memang Macam Tu, Dah Besar Nanti Okay’

    Selain itu, Fathia bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza kerana didakwa tidak memiliki wang.

    Terdahulu, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

    Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kedua selepas memaklumkan berita gembira di Instagram pada pertengahan Disember lalu.

    Sebelum ini, Aiman dan Fathia pernah menjalin hubungan cinta selama dua tahun, namun mereka berpisah pada 2015.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah