Penyanyi popular Indonesia, Farel Prayoga kembali melancarkan single terbaharunya yang bertemakan ketuhanan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Alami Depresi Teruk’ – Farel Prayoga Akui Konflik Dengan Bapa Beri Kesan Mental & Emosi
Single terbaharu

Selepas menyorot perhatian ramai dengan lagu Lemak Manis, penyanyi remaja itu secara rasminya telah melancarkan single berjudul ‘Hamba-Mu’ pada 28 Januari lalu.
Hamba-Mu adalah sebuah karya penuh dengan penghayatan berkisarkan tentang hubungan seorang insan dengan penciptanya.
Seni kata yang penuh bermakna bagi single ini adalah merupakan hasil sentuhan komposisi muzik oleh Ippo Hafiz serta lirik ditulis oleh Alif.
Lagu yang diterbitkan oleh Indigital Music itu juga mengetengahkan mesej tentang keinsafan dan kerendahan hati seorang hamba. Ia pastinya akan menjadi sesuatu yang dekat di hati pendengar.
Single rasmi kedua yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia sebenarnya menandakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan seni Farel sebagai penyanyi yang semakin matang dan versatil.
Hamba-Mu menampilkan sisi berbeza daripada karya-karya sebelum ini, namun ia tetap menonjolkan kekuatan vokal Farel serta penghayatan emosi yang mendalam.
Lebih menarik, muzik video bagi single ini menjalankan penggambarannya di Istanbul, Turkiye yang pastinya memberikan pengjiwaan yang maksimum setiap kali penonton melihat keindahan negara tersebut.
Untuk info, lagu Hamba-Mu sudah mula distrim di semua platform digital dan muzik video pula boleh dilayari menerusi YouTube Indigital Music.
The post Farel Prayoga Sentuh Hati Pendengar Dengan Single ‘Hamba-Mu’, Rakam MV Di Istanbul first appeared on OHBULAN!.





