Personaliti media sosial, Farah Fakhira meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang mempertikaikan tentang iddahnya selepas kematian suami.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Sedikit Luka Pun Yang Terhiris Ketika Kita Hidup Bersama’ – Farah Fakhira
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Kongsi Momen Terakhir Bersama Suami, Sempat Teman Buat Imbasan Kehamilan Sebelum Dijemput Ilahi
Hilang sabar

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Farah membidas seorang individu kerana mempersoalkan dirinya yang berada di luar negara sedangkan masih berada di dalam tempoh iddah.
Ada hari kadang memang boleh sabar, tapi kadang-kadang orang yang rasa terpaling belajar agama ini melampau pertikaikan kehidupan dan cara orang kerja walaupun cari pendapatan.
Yang kelakarnya, DM ini semua bukan followers pun, kenal aku pun tidak.
Menurut Farah, sejujurnya dirinya sendiri tidak mahu berada di luar negara memandangkan baru sahaja kehilangan suami tercinta.
Logiknya, tak ada orang sarat mengandung nak naik flight, nak entertain orang, nak rasa okay depan semua orang tanpa tunjuk sedikit pun kau sedang tak okay.
Aku tak pernah kisah pun dengan perjalanan ini, apa gunanya nak berjalan kalau suami sudah meninggal, dengan bawa badan berat-berat.
Perlu bekerja
View this post on Instagram
Bagaimanapun, atas dasar tanggungjawab Farah menjelaskan bahawa dia terpaksa memenuhi kehendak pelanggan dan perlu menyelesaikan segala tuntutan kerja.
Cuba beritahu, client mana yang nak dengar sebab/tak profesional kau bekerja.
Jadi tolonglah, terutama yang tak kenal saya ini. Tak pernah minta untuk suka atau sanjung pun, cuma tak perlu sibuk hal orang atau nilai cara aku cari duit dan cara aku bekerja.
Lain orang lain cara cari duitnya.
Terdahulu, Farah berkongsi berita duka mengenai pemergian suami tercinta, Zaidul Ariff.
Zaidul yang tidak sedarkan diri ketika bermain sukan badminton telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Lebih meruntun hati, Zaidul sempat menenami isterinya itu ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kandungan sebelum dia dijemput Ilahi.
Sumber: Instagram Farah Fakhira
The post Farah Fakhira Bidas Netizen Pertikai Isu Iddah – ‘Tak Ada Orang Sarat Mengandung Nak Naik Flight’ first appeared on OHBULAN!.





