REV Media Group dengan bangganya mengumumkan kembalinya acara tahunan Exploding Content 2025, bermula dari 30 September hingga 2 Oktober bertempat di Basecamp Bangsar.
Artikel Berkaitan: Exploding Content 2023 Anjuran Kumpulan Media REV Kembali Lagi!
Exploding Content 2025

Tahun ini merupakan tahun kelapan acara ini berlangsung dan istimewanya kali ini adalah tema yang baru iaitu Experience Content dengan slogan ‘Kempen Direalitikan Dalam Kehidupan’.
Buat julung kalinya, Exploding Content akan dianjurkan di Basecamp Bangsar dengan dua sesi eksklusif iaitu pada jam 10.00 pagi dan 3.00 petang.
Acara ini bukan sekadar pameran malah menjemput pengunjung meneroka, berinteraksi dan merasai sendiri bagaimana kandungan di media sosial dihasilkan dan terus mendapat tempat di hati jutaan penonton setiap hari.
Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group, Samuel Wee berkata, acara ini akan menerangkan secara mudah tentang hubung kait idea, platform dan kandungan.
Exploding Content sentiasa mengambil berat tentang apa yang penonton mahukan dan bagaimana jenama-jenama ini boleh berhubung dengan mereka.
Tema Experience Content pada tahun ini juga bermaksud kami mengorak langkah yang lebih jauh contohnya “menghidupkan” kempen melalui pengalaman yang merapatkan jenama dengan pengunjung, pameran interaktif, dan perkongsian pandangan yang bermakna.
Di REV, kami percaya kandungan bukan hanya untuk ditonton, tetapi untuk dialami dan itulah yang ingin kami bawakan kepada setiap rakan kongsi serta tetamu pada tahun ini.
Apa yang menarik?

Edisi kali ini akan menumpukan kepada tiga tema utama yang mendefinisikan bagaimana kandungan memberi impak iaitu reaksi berantai, budaya ke kandungan dan himpunan komuniti.
Reaksi berantai adalah bagaimana kandungan yang menarik mampu mencetus momentum dan memacu permintaan berterusan.
Budaya ke kandungan pula bagaimana pandangan budaya, digabungkan dengan inovasi AI, boleh diubah menjadi pengalaman penceritaan baharu.
Manakala himpunan komuniti akan menjelaskan bagaimana hubungan bermakna dengan komuniti dapat menembusi segala kebisingan dan memberikan kesan berkekalan.
Sejak diperkenalkan pada 2017, Exploding Content telah berkembang menjadi salah satu acara pemasaran yang paling dinantikan di Malaysia.
Bermula sebagai platform untuk meneroka perjalanan pengguna yang semakin berubah, kini menjadi pentas bagi idea-idea berani, penceritaan kreatif dan kempen yang bermakna.
Acara ini seiring dengan perubahan landskap media dari tahun ke tahun contohnya perjalanan pengguna, pemasaran pengaruh hinggalah strategi berdasarkan permintaan orang ramai.
Exploding Content terus menghimpunkan jenama, pemasar dan perancang untuk melihat bagaimana idea, platform, dan kandungan saling terhubung bagi mencipta impak sebenar.
Exploding Content 2025 direka khas untuk para pemasar, pengurus jenama dan produk, pemilik perniagaan, serta perancang media yang mahu meneroka masa depan kandungan digital dan bagaimana menukar idea menjadi pengalaman yang benar-benar menghubungkan.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Exploding Content 2025, sila klik di sini.
The post Exploding Content 2025 Kembali! Bawa Tema ‘Kempen Direalitikan Dalam Kehidupan’ first appeared on OHBULAN!.





