31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Episod Akhir Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Dijangka Meletop Capai Lebih 3.5 Juta Penonton

    Shopee Sale

    Fenomena baharu terus menggegarkan slot Samarinda apabila drama bersiri Hilang Dalam Rindu menghampiri detik kemuncaknya, malam ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Makin Trending! Netizen Puji Olahan Sama Seperti Novel – ‘Ini Baru Dikatakan Adaptasi’

    Lima minggu penuh fenomena

    Bermula jam 10.00 malam di TV3, penonton bakal menyaksikan penamat kisah cinta penuh konflik antara Eijaz dan Aira, sebuah perjalanan emosi yang sejak episod pertama telah mencuri perhatian serta menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia. 

    Episod akhir ini dijangka meletup dengan tontonan mencecah lebih 3.5 juta penonton yang setia menantikan kesudahan kisah mereka.

    Malam kemuncak ini bukan sekadar menutup tirai drama, sebaliknya menjadi detik bersejarah yang mendekatkan jutaan penonton dengan barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang perjalanan kisah ini. 

    Sepanjang lima minggu tayangan, Hilang Dalam Rindu berjaya mencetuskan fenomena luar biasa melalui jalan cerita penuh emosi yang merangkumi cinta, dendam dan pengorbanan, sekaligus meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

    Bukan sahaja trending saban minggu di media sosial, malah drama ini turut meraih pujian kerana setiap episodnya hadir dengan pengakhiran penuh kejutan yang membuatkan penonton terus setia menanti.

    Air mata berakhir kebahagiaan

    Sementara itu, kata Jazmy Juma, dia berharap penonton akan merasai dan terima setiap emosi dalam episod akhir nanti.

    Perjalanan Eijaz dan Aira penuh dugaan, penuh air mata dan ketidak percayaan antara satu sama lain atas apa yang mereka lalui, tapi di penghujungnya cinta mereka membuktikan bahawa pengorbanan tidak pernah sia sia.

    Percayalah tuhan tetap tahu dan takdirkan yang terbaik untuk kita walaupun kita lalui liku liku hidup yang perih dan menyakitkan.

    Akhir sekali untuk keseluruhan naskah ini sebenarnya ingin mengetengahkan tentang wang tak selamanya berjaya menutup setiap kesalahan yang telah dilakukan.

    Sentiasa jujur kerana akan ada banyak lagi cara lain yang boleh menyelesaikan masalah. Saya harap penonton akan merasai dan terima setiap emosi itu bersama kami dalam episode akhir nanti.

    Penamat cinta Eijaz dan Aira akhirnya menemui titik noktah, jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir Hilang Dalam Rindu malam ini di TV3, atau strim secara eksklusif melalui Tonton di http://www.tonton.com.my serta aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

    MENARIK:  Vocket Melancarkan Kempen Cakna Duit untuk Membantu Rakyat Malaysia Memahami Kewangan

    The post Episod Akhir Drama ‘Hilang Dalam Rindu’ Dijangka Meletop Capai Lebih 3.5 Juta Penonton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah