30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dulu Terpinggir, Kini Kg. Pituru Laut Berubah! Dari Telaga Tiub Hingga Jeti Nelayan

    Shopee Sale

    Kalau dulu, penduduk Kg. Pituru Laut di Kota Belud, Sabah terpaksa redah macam-macam cabaran. Air bersih susah nak dapat, jalan berbatu buat urusan harian jadi leceh, jeti kayu pula rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Bahaya setiap kali nelayan turun ke laut.

    Tapi sekarang, lain betul ceritanya! Dalam masa singkat, wajah kampung ni terus berubah. Lagi best, projek ni bukan saja dijalankan oleh tenaga kerja luar, tapi penduduk kampung sendiri turut dilibatkan sebagai pekerja.

     Hasilnya? Hidup makin selesa, lebih selamat, dan peluang rezeki pun makin luas.

    Telaga tiub untuk 305 penduduk!

    Siap dalam masa 3 bulan je, projek telaga tiub ni terus jadi nadi baharu buat penduduk. Lebih 305 orang kini tak perlu lagi susah payah cari air bersih jauh dari rumah.

    Dengan adanya bekalan air stabil ni, urusan harian jadi lebih mudah dan terjamin. Dari memasak sampai kebersihan rumah, semuanya terasa lebih selesa dan selamat.

    Jeti konkrit 110 meter, nadi ekonomi desa

    Jeti konkrit sepanjang 110 meter ni ganti jeti kayu lama yang rapuh dan berisiko. Nelayan kini lebih selamat setiap kali turun naik laut.

    Bukan tu je, hasil tangkapan pun lebih senang dipasarkan. Laluan ekonomi baharu terbuka luas, sekali gus memberi peluang rezeki yang lebih baik kepada komuniti.

    Malah, projek pembinaan tembok penghadang ombak turut dijalankan demi keselamatan penduduk. Dengan adanya struktur ni, mereka lebih terlindung daripada hakisan ombak yang kuat, tak risau lagi setiap kali musim laut bergelora tiba.

    Jalan berturap 650 meter untuk 70 keluarga

    Bukan itu saja, laluan utama sepanjang 650 meter yang dulunya berbatu kini dah diturap tar hitam sepenuhnya. 70 keluarga kampung kini lebih lega nak bergerak.

    MENARIK:  Didakwa Guna ‘Mak Esah’ Untuk Kekal Dalam GV, Arrora Salwa Harap Peminat Bertenang – ‘Anggap Je Hiburan, Kalau Lebih I Know What To Do’

    Musim hujan tak lagi jadi halangan, malah perjalanan waktu malam pun lebih selamat. Kenderaan pun kurang rosak, urusan seharian jadi lancar.

    Kemudahan kampung serba lengkap

    Selain infrastruktur besar, kemudahan kampung pun semakin lengkap. Dewan serbaguna dah boleh digunakan untuk aktiviti komuniti.

    Selain itu, stor surau juga dipasang penghawa dingin untuk keselesaan jemaah. Tak cukup dengan itu, mereka juga membina gazebo untuk jadi tempat santai, dan papan tanda baharu beri wajah lebih segar kepada kampung.

    Inisiatif Kampung Angkat MADANI bawa sinar baharu untuk komuniti desa

    Haa…kalau korang nak tahu, semua perubahan ini berjaya direalisasikan melalui Inisiatif Kampung Angkat MADANI di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Apa yang membanggakan, mereka bukan sahaja diberi peluang, malah turut terlibat secara langsung dalam membangunkan projek di kampung sendiri.

    Kini, Pituru Laut bukan lagi sekadar kampung nelayan biasa. Ia jadi contoh bagaimana sebuah komuniti mampu bangkit bila diberi ruang untuk berdikari.

    Bukan sekadar projek, tapi semangat baru buat seluruh kampung!

    Transformasi Kg. Pituru Laut membuktikan bahawa dengan peluang dan sokongan yang betul, komuniti mampu mengubah masa depan mereka sendiri.

    Inisiatif Kampung Angkat MADANI bukan sahaja menyediakan pembangunan, tetapi menghidupkan kembali semangat berdikari di setiap kampung seluruh negara.

    Jom tengok lebih banyak kisah inspirasi komuniti lain melalui Inisiatif Kampung Angkat MADANI.

    The post Dulu Terpinggir, Kini Kg. Pituru Laut Berubah! Dari Telaga Tiub Hingga Jeti Nelayan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah