Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Dr Amalina Che Bakri, berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Artikel Berkaitan: Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Bersiar-Siar, Netizen Minta Kongsi Tips
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Dr Amalina Dah Cukup Seminggu, Ramai Puji Pandai Pilih Nama Arabella Mia
Tahniah Dr Amalina

Berita tersebut diumumkan menerusi satu hantaran di Instagram, di mana Amalina memuat naik beberapa keping foto bersama bayi perempuannya, suami tercinta Alexander Charles, serta puteri sulung mereka, Arabella Mia.
Dalam perkongsian itu, Amalina turut mendedahkan nama puteri keduanya iaitu Aurora.
Dari tiga sekeluarga kini menjadi empat. Kenali cinta baru dalam hidup kami, Aurora.
Arabella sangat teruja menjadi kakak. Alhamdulillah.
Berdasarkan maklumat yang disertakan dalam hantaran tersebut, Dr Amalina turut menandakan Hospital St. Thomas di London, dipercayai lokasi kelahiran bayi keduanya itu.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang meluahkan rasa syukur serta menzahirkan ucapan tahniah buat Amalina dan suami atas anugerah zuriat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Rata-rata turut menitipkan doa agar keluarga kecil ini sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan serta dipermudahkan urusan dalam membesarkan cahaya mata mereka.
Untuk rekod, Amalina bernikah dengan Alexander Charles, pada 31 Mac 2021, di London Central Mosque.
Pada Oktober 2022, Amalina selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Arabella Mia di Hospital St. Thomas.
Sumber: Instagram Dr Amalina
The post Dr Amalina Timang Cahaya Mata Kedua, Diberi Nama Aurora first appeared on OHBULAN!.





