
Menyedari produk pencuci mulut Tiramisu yang dijualnya mendapat perhatian dan kecaman kerana didakwa dijual dengan harga mahal, usahawan dan pempengaruh iaitu Kieda Crepe tampil menjelaskan kos yang digunakan.
Guna bahan premium
Menerusi TikTok, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra berkata harga RM40 dikenakan kerana penggunaan bahan yang premium untuk pembuatan Tiramisu.
Ini kah yang orang cakap mahal sebekas RM40?
Kalau dengar nama Tiramisu, Kieda rasa semua boleh fikir yang nak buat ini pakai mascarpone, pakai biskut panjang-panjang (Bonomi) yang orang kata mahal itu.
Kopi pula Kieda pakai Davis Corn dan semua barang ni mahal. Krim pula kita pakai Anchor.
Bukan semata bahan, tapi sebab tenaga kerja

Tambah Kieda, harga yang dikenakan bukan sahaja disebabkan kos semata-mata tetapi lebih kepada tenaga kerja yang digunakan untuk membuat Tiramisu tersebut.
Sebenarnya yang buat mahal bukan sebab barang sahaja tapi kerana tenaga manusia yang kita guna dan cara nak buat Tiramisu ini yang sangat susah.
Kita putar krim semua pakai tenaga.
Di akhir perkongsian, ibu kepada dua orang anak ini memohon maaf sekiranya harga yang dijual terlalu tinggi buat sesetengah pelanggannya.
Kalau mahal Kieda minta maaf, tapi barang Kieda pakai semua yang premium, sama macam ‘baker’ lain
Memang Kieda minta maaf tapi kalau nak makan puas, beli yang ini dan paling penting tak perlu ‘support’ vendor.
Kalau nak beli ini satu saja pun boleh.
Raih perhatian netizen
Ingatkan cake Swissroll RM29 dah cukup mahal ?????
Rupanya tiramisu daripada #kiedacrepe lagi harga kayangan. Bekas besar 4 jari RM40 ?Kalah harga kenny hills & coffee bean punya tiramisu ni. Kaya juga supporter kieda ni pic.twitter.com/XLHDh752vs
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) May 9, 2025
Perkongsian itu kemudiannya meraih pelbagai respon daripada netizen.
Ada yang mempertikai malah ada yang bersetuju dengan harga yang dikenakan Kieda kerana telah menggunakan bahan yang premium.
Walau bagaimanapun, amat mendapati Kieda telah menutup ruangan komen.
Terdahulu, tular beberapa hantaran di aplikasi X yang merasakan harga Tiramisu yang dijual Kieda terlalu mahal malah ada yang menganggap harga tersebut sebagai tidak masuk akal.





