26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Sebak Muhammad Minta Maaf, Serba Salah Sebab Sakit – ‘Dia Tak Pernah Susahkan Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Diana Danielle sebak apabila anak sulungnya, Muhammad, meluahkan perasaan bersalah kerana merasakan ibunya terpaksa mengorbankan masa untuk menjaganya ketika sakit.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Komen Isu Nama Farid Kamil Dipetik Pelakon Ditahan Dadah – ‘Harap Tidak Benar’

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Kongsi Muhammad Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba

    Bukan beban

    Ketika ditemui , pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata dia tidak pernah menganggap anak-anaknya sebagai satu bebanan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang ibu.

    Muhammad ada minta maaf sebab rasa macam menyusahkan saya. Dia kata saya kena jaga dia, tidak boleh bekerja.

    Saya cakap dengan dia, dia tidak pernah menyusahkan saya.

    Dia adalah amanah saya. Jadi, tidak kira apa yang berlaku saya akan sentiasa ada dengan dia dan menjaganya.

    Tapi sekarang, alhamdulillah dia sudah okay.

    Bercerita kembali detik awal Muhammad mengalami lumpuh di bahagian muka, Diana berkongsi pada awalnya dia hanya menyangka keadaan itu berpunca daripada pendakap gigi yang baru dipakai anaknya.

    Saya tanya doktor gigi sama ada normal atau tidak kalau percakapannya agak lain dan bibir pun tidak boleh bergerak. Doktor kata ia memang normal.

    Tapi saya perasan bibir dia memang langsung tidak boleh bergerak. Saya suruh dia gerakkan kening, memang tidak boleh.

    Sementara itu, Diana menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anak-anak mereka jatuh sakit.

    Saya kongsi perkara ini sebab nak bagi saranan kepada ibu bapa di luar sana kalau anak-anak ada sakit demam, batuk dan sebagainya kurangnya aktiviti harian mereka.

    Bagi mereka rehat dan fokus pada proses penyembuhan. Jangan paksa mereka untuk teruskan rutin dan pergi ke sekolah.

    The post Diana Danielle Sebak Muhammad Minta Maaf, Serba Salah Sebab Sakit – ‘Dia Tak Pernah Susahkan Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Nabila Razali Jemput Peminat Ke Majlis Akikah Anak

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah