Pelakon Diana Danielle didakwa kini sedang hangat dilamun cinta dengan seorang jejaka tinggi lampai.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle ‘Diganggu’ Rakan Bapa Tiri – ‘Wajah Manis, Tapi Simpan Niat Jahat’
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Sebab Untuk Kekal Berhubung’ – Diana Danielle
‘Tak lepas berpegangan tangan’

Memetik sumber yang melaporkan kepada Utusan Malaysia, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 34, didakwa dilihat keluar bersama lelaki tersebut di sebuah pusat membeli-belah.
Pasangan itu dikatakan berjalan sambil berpegangan tangan dengan masing-masing mengenakan pakaian sukan.
Barangkali mereka baru sahaja selesai buat aktiviti sukan. Sebab mereka pakai baju sukan. Rasanya memang sahlah mereka bercinta sebab jalan seiringan sambil tak lepas berpegangan tangan.
Difahamkan juga, lelaki berkulit sawo matang itu bukanlah orang dalam industri seni.
Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Pasangan itu kemudiannya bercerai ppada 10 Ogos 2023 selepas berdepan masalah rumah tangga sebelum sepakat untuk rujuk dalam tempoh idah.
Namun pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai buat kali kedua selepas Diana memfailkan cerai pada 4 November tahun lalu.
Sumber: Utusan Malaysia
The post Diana Danielle Dilamun Cinta, Berpegangan Tangan Dengan Jejaka Di Pusat Beli-Belah? first appeared on OHBULAN!.





