23.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dia Diberitahu Ada Token, Tetapi Hanya Menerima Sehelai Baju Raya – Oleh Fareez Fauzi

    Shopee Sale



    Fareez Fauzi

    Penyanyi, Fareez Fauzi berkongsi satu kejadian yang mana dia tidak menerima sebarang bayaran selepas membuat persembahan di sebuah acara sambutan hari raya suatu ketika dahulu.

    Hanya sepasang baju raya

    Fareez Fauzi

    Ketika ditemui Fareez atau nama lengkapnya Muhammad Fareez Hazwan Mohd Fauzi, 27, berkata pihak penganjur acara tersebut hanya memberikannya sepasang baju raya sebagai bentuk ‘bayaran’.

    Saya pernah diundang buat persembahan tetapi tidak diberikan bayaran langsung. Tetapi pihak penganjur hanya berikan baju raya sahaja. Itu pun hanya sepasang.

    Dia kata ada token, saya fikir token itu dalam bentuk duit rupanya baju raya. Waktu itu persembahan untuk acara hari raya.

    Banyak juga lagu yang saya nyanyi, lebih kurang satu mini album jumlahnya. Lagi pula itu majlis kawan bapa saya.

    Fareez berkata demikian ketika ditemui pada majlis Preview Buffet Ramadan yang diadakan di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Bagaimanapun anak kepada aktor Fauzi Nawawi itu menganggap kejadian tersebut sebagai ujian buatnya.

    Apa pun saya anggap itu ujian untuk saya. Mungkin saya pernah buat salah dekat orang. Saya hanya nak bersangka baik sahaja.

    Selain itu ada juga semasa PKP saya terima tawaran seorang pakcik minta saya nyanyi dekat bawah kawasan rumah flat. Saya anggap itu beramal

    Dalam perkembangan lain, Fareez akan membuat persembahan sepanjang bulan Ramadan di Hotel Royal Singnature, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Natasha ‘Upload’ Mesej WhatsApp, Bukti Andika Main Kayu Tiga? – ‘Suami Perempuan Tu Pun Tak Menafikan Kecurangan Tersebut’

    Untuk info, Fareez merupakan juara program nyanyian Mentor Milenia 2016 yang ketika itu penyanyi Hazama merupakan Mentor kepadanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah