32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Detik Cemas Ryzal Ibrahim & Maryam, Anak Tak Sedarkan Diri Selepas Jatuh Katil – ‘Kuat Dia Nangis Lepas Tu Diam’

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berdepan detik cemas apabila anak lelakinya, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil baru-baru ini.

    MENARIK:  Permulaan Untuk Membangun Kasih Sayang terhadap Diri Sendiri - Amelia Christie

    Anak jatuh dari katil

    " data-video-id="7646643110889442578" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ryzalibrhm

    Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil. Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke Emergency. Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke Emergency tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya! Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.. berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah S.W.T. supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah…

    ♬ original sound – Ryzal Ibrahim – Ryzal Ibrahim

    Menerusi perkongsian di akaun TikTok, Ryzal memuat naik rakaman situasi ketika dia dan isterinya, Maryam, bergegas membawa anak mereka ke unit kecemasan hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

    Dalam video tersebut, Maryam dilihat memangku Rian di tempat duduk penumpang sambil menangis dan berulang kali memanggil nama anaknya dalam usaha memastikan kanak-kanak itu terus sedar sepanjang perjalanan ke hospital.

    Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil. Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke Emergency.

    Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke Emergency tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya!.

    Ryzal mengakui tidak sanggup melihat isterinya yang berada dalam keadaan panik apabila melihat anak mereka tidak sedarkan diri.

    Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.

    Berharap dan bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah S.W.T supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah,

    Bagaimanapun, Rian dilihat sudah sedarkan diri ketika tiba di hospital namun berada dalam keadaan lemah.

    Sumber: TikTok

    The post Detik Cemas Ryzal Ibrahim & Maryam, Anak Tak Sedarkan Diri Selepas Jatuh Katil – ‘Kuat Dia Nangis Lepas Tu Diam’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah