Anak kepada aktor Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat bergelar pelakon.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tahu Apa Berlaku Dengan Rumah Tangga Marissa, Tapi Tidak Boleh Dedahkan’ – Danish Hakim
Hilang minat

Ketika ditemui , Danish berkata, minatnya terhadap dunia seni semakin pudar dan fokusnya kini lebih terarah kepada bidang kesihatan, khususnya kecergasan dan kecantikan fizikal.
Buat masa sekarang, saya rasa tidak mahu menceburi dahulu bidang lakonan atas sebab-sebab tertentu.
Saya rasa diri ini lebih minat dengan bidang kesihatan ‘workout’ dan ‘fitness’. Namun, pada masa akan datang kita tidak tahu, mungkin rezeki saya betul-betul jadi pelakon.
Yang dulu saya pernah cakap ingin menceburi bidang lakonan, saya tarik balik kenyataan tersebut. Saya macam hilang minat sikit.
Danish berkata demikian ketika ditemui di majlis Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory, Shah Alam, baru-baru ini.
Mendakwa industri hiburan penuh dengan sisi negatif, Danish menegaskan keputusan itu adalah pilihannya sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Keputusan itu dibuat atas diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Saya fikir menceburi industri seni ini seronok belaka, tetapi rupanya toksik.
Saya solat istikharah, tepuk dada tanya selera dan akhirnya ambil keputusan untuk tidak melangkah ke dunia seni. Keluarga saya okay sahaja, malah mereka lebih suka dengan keputusan saya.
The post Danish Hakim Batal Niat Jadi Pelakon, Hilang Minat Nak Ceburi Industri Seni – ‘Saya Solat Istikharah’ first appeared on OHBULAN!.





