32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Da’i Syed Muat Naik Video Tolak Stroller Anak Selepas Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara

    Shopee Sale



    Umum mengetahui, pendakwah selebriti Da’i Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman di Penjara Kajang oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

    Tolak stroller anak

    Terbaru, menerusi pemerhatian pihak , Syed dilihat memuat naik satu video di Instagram Story bersama anak perempuannya iaitu Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

    Video tersebut menunjukkan Syed sedang bersiar-siar sambil menolak stroller anaknya. Video itu dipercayai dirakam di sekitar kawasan perumahan Syed.

    Lagu ‘La Petite Fille de la mer’ by Vangelis dipilih sebagai background music.

    Memetik laporan BH Online, seorang peguam yang dikenali sebagai Dr Mahmud Jumaat tampil menjelaskan mengenai penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat diperoleh Syed.

    Menurut Mahmud, penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat diperoleh pendakwah Syed adalah prosedur biasa dan tiada kaitan dengan dakwaan kononnya mahkamah boleh ‘dibeli’.

    Tambah Mahmud lagi, tiada istilah menggunakan ‘kabel’ atau pengaruh, mahkamah boleh ‘dibeli’ dan kritikan terhadap sistem kehakiman negara dalam kes ini.

    Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas untuk itu.

    Bagaimanapun, pasukan pembelaan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas sabitan dan hukuman diputuskan hakim Mahkamah Sesyen.

    Pasukan pembelaan turut memfailkan notis usul untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah.

    Ini adalah proses biasa bagi mana-mana pesalah. Apabila permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman ditolak di Mahkamah Sesyen, mereka failkan permohonan kedua di Mahkamah Tinggi.

    Itulah yang dilakukan peguam tertuduh, permohonan kedua dilakukan di Mahkamah Tinggi dan diterima.

    MENARIK:  Azlan Komeng & Nilam Enggan Minta Sumbangan, Rela Berniaga Untuk Tampung Kehidupan – ‘Hasil Jualan Boleh Beli Lampin, Susu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah