26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Daddy Belum Restu Lagi, Tapi Insya-Allah Soon’ – Ameera Khan

    Shopee Sale

    Pempengaruh popular, Ameera Khan mengakui dia masih belum mendapat restu daripada bapanya mengenai hubungannya bersama aktor popular Indonesia, Jefri Nichol.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ameera Khan Layak Dapat Lelaki Baik & Saya Ingin Jadi Orang Itu’

    ‘Insya-Allah, soon’

    View this post on Instagram

    A post shared by Jefri Nichol (@jefrinichol)

    Sungguhpun begitu, adik kepada selebriti Neelofa ini memaklumkan dia bersyukur kerana hubungannya bersama Jefri mendapat reaksi positif daripada ahli keluarga yang lain.

    Saya bersyukur, Alhamdulillah sebab mama, kakak-kakak, adik, kawan-kawan dan semua menyukainya.

    Dan mereka juga suka Nichol bersama saya. Ini adalah sesuatu yang saya tak pernah rasa sebelum ini.

    Saya juga bersyukur, berterima kasih dan tidak mahu kehilangan hubungan ini.

    Daddy belum lagi, tapi ‘soon’ insyaa-Allah. Bila bercakap pasal daddy, ia membuatkan saya takut.

    Tapi, ini adalah sesuatu yang serius. Insyaa-Allah nanti, pada masa yang tepat.

    Ameera berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi siaran langsung yang dilakukannya di Instagram (IG), baru-baru ini.

    Hanya mampu berdoa

    Tambah Ameera, ketika ini dia hanya mampu berdoa dan meletakkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

    Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik di sisi Allah SWT. Saya langsung tak pernah berdoa minta yang ‘saya nak sangat lelaki ni’ dan sebagainya. Saya tak pernah macam itu.

    Saya selalu berdoa supaya Allah menjaga hubungan ini. Saya berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya jika Nichol adalah orangnya.

    Saya sayangkan Nichol sangat-sangat, tetapi saya tidak mahu menentang ketentuan Tuhan. Saya percaya di atas ketentuan dan perancangan-Nya terhadap saya. Itu adalah yang pertama sekali.

    Saya sentiasa berdoa semoga Allah kurniakan saya jodoh terbaik. Dan, kalau dia (Jefri Nichol) adalah yang terbaik saya mohon supaya semuanya dipermudahkan.

    Sekadar info, hubungan Jefri dan Ameera kembali bertaut pada penghujung Mac tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] AC Mizal Dedah Anak Perempuan Pernah Jadi Mangsa Buli – ‘Sampai Kena Tukar Sekolah’

    Kini, kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial setelah mengakui serius menjalani hubungan istimewa.

    Sumber: IG Ameera Khan

    The post ‘Daddy Belum Restu Lagi, Tapi Insya-Allah Soon’ – Ameera Khan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah