32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dadah Jenis Perangsang Punca Kematian Tiga Pengunjung Konsert Pinkfish 2024

    Shopee Sale



    Kematian tiga pengunjung konsert Pinkfish Countdown 2024 disahkan berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.

    Sementara itu, kematian bagi seorang lagi mangsa masih dalam siasatan.

    53 orang saksi beri keterangan

    Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara tersebut.

    Punca kematian bagi tiga mangsa adalah ‘stimulant drugs intoxication’.

    Manakala laporan melibatkan seorang lagi mangsa masih belum diperoleh dan ia dalam tindakan hospital.

    Tambah Hussein, pihaknya juga telah merakam kenyataan daripada 53 orang saksi berhubung kejadian dan kes masih diteruskan dan akan dirujuk ke koroner setelah siasatan lengkap.

    MENARIK:  Emas Punya Pasal, Bayar Ansuran Pun Sanggup! Nampak Menarik Tapi Sah Ke Di Sisi Syarak?

    Terdahulu, pihak polis mengesahkan kematian empat pengunjung pada konsert yang berlaku ketika ambang tahun baharu yang bertempat di Bandar Sunway, awal Januari lalu.

    Pengesahan itu dibuat selepas pihak polis menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah