Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa memaklumkan bahawa dirinya kini sedang membina semula kehidupan selepas melalui fasa perpisahan bersama bekas isteri, Aireena Sofia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Orang Tanya Macam Mana Keadaan Sekarang…Saya Sunyi’ – Haqiem Stopa Akui Khilaf Sendiri Dalam Perkahwinan
Sibuk kerja
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Haqiem atau nama lengkapnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, berkongsi bahawa fokusnya kini adalah untuk menjalankan tanggungjawab.
Saya sibuk kerja, saya tak nak bergaduh dengan sesiapa.
Saya jalankan tanggungjawab saya sebaik mungkin.
Dalam masa sama, Haqiem juga memberi bayangan seolah-olah sedang berdepan dengan masalah, malah perlu memulakan kehidupannya dari awal semula.
Ada kekurangan saya minya maaf. Cukup saya dah sehelai sepinggang mula semuanya dari kosong.
Boxer saya pun saya beli dekat TikTok Shop pakai pay later.
Jangan la buat perkara yang tak patut buat.
Terdahulu, isu rumah tangga Haqiem dan Aireena mula mendapat perhatian umum selepas wanita itu memfailkan permohonan cerai pada 4 November tahun lalu.
Kemelut perkahwinan mereka didakwa berpunca daripada kehadiran orang ketiga apabila Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem berlaku curang.
Malah, Aireena turut mendakwa Haqiem mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun.
Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud.
Sumber: Thread Haqiem Stopa
The post ‘Cukup Saya Sudah Sehelai Sepinggang, Boxer Pun Beli Pakai Pay Later’ – Haqiem Stopa first appeared on OHBULAN!.





