31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #CSOIAM: Jimi Teruja Nak Berduet Dengan Misha Omar – ‘Dia Ikon Dalam Industri Malaysia’

    Shopee Sale



    Calpis Soda One In A Million

    Peserta Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Jimi meluahkan rasa teruja apabila bakal berduet dengan penyanyi terkenal, Misha Omar pada konsert minggu kelima, Ahad ini.

    Duet Misha

    Calpis Soda One In A Million

    Menurut Jimi, dia begitu mengidolakan Misha dan tidak sabar untuk memberi persembahan yang terbaik.

    Rasa seronok, teruja dan berbesar hati untuk berduet dengan Misha. Sebelum ini dengan Aina Abdul, kali kedua ini dengan Misha Omar. Dia seperti ikon dalam industri Malaysia.

    Misha sangat berpengalaman dalam industri dan dia merupakan salah seorang penyanyi kegemaran saya. Harap saya dapat lakukan yang terbaik.

    Jimi berjaya dinobatkan sebagai juara konsert minggu keempat sekali gus diumumkan sebagai pemenang Terpaling Fizz.

    Mengulas mengenai persembahannnya menerusi lagu ‘Senggol-Senggolan’ dan ‘Drama King’, Jimi bersyukur dapat melakukan yang terbaik.

    Terkejut dan bersyukur dengan kemenangan kali kedua. Tak sangka menang sekali lagi. Kepada peminat saya, teruskan memgundi.

    Kritikan pedas

    Calpis Soda One In A Million

    Sementara itu, Jimi mengakui tidak kisah sekiranya menerima kritikan ‘pedas’ daripada juri kerana menganggap teguran diberikan sebagai proses pembelajaran.

    Tidak perlu takut jika dikritik oleh juri, kerana apa yang mereka komen adalah berdasarkan persembahan peserta. Jika juri rasa tidak cukup, mereka akan tegur.

    Teguran adalah untuk penambahbaikan peserta pada masa akan datang, terima dengan hati terbuka. Anggap sebahagian proses pembelajaran.

    Tema minggu kelima CSOIAM adalah Evolusi AJL dan seramai tujuh peserta berjaya meneruskan perjuangan untuk berentap merebut gelaran juara. Mereka adalah Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hazimi, Eylia dan Mary Grace.

    MENARIK:  Insiden Pekerja ‘Homestay’ Skodeng Mandi, Lyanaz Hassan Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang – ‘Pelaku Sudah Ditahan Polis’

    CSOIAM dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

    Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.

    Bagi undian pula, boleh ke www.tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah