29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik B Terima Anugerah Wanita Muda, Berkat Doa Ibu & Peminat – ‘Tak Sangka Sebab Saya Biasa Saja’

    Shopee Sale



    Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025.

    Terharu & bersyukur

    Menjawab mengenai perasaan menerima anugerah tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 19, bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka itu.

    Menurutnya, anugerah ini atas berkat doa ibu dan penyokong yang sentiasa di belakang.

    Saya memang tak sangka, tapi pada masa sama rasa terharu dan bersyukur. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang tak pernah putus menyokong.

    Malah saya pernah terfikir, adakah berhak saya terima penghargaan sebegini. Saya ini biasa-biasa saja, tapi Alhamdulillah semuanya atas berkat doa ibu dan penyokong.

    Dalam banyak-banyak wanita muda lain yang berjaya, tapi saya yang dipilih untuk terima anugerah ini.

    Terima kasih.

    Cik B berkata demikian ketika ditemui , selepas menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Jari Sentiasa Gengam Tasbih & Berzikir Perlahan’ – Mohd Shahar Dedah Sisi Bung Moktar Dalam Sidang Parlimen

    Kawan ‘sekufu’

    Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Kami Budak Gen Z’ itu mengulas tentang perkongsian yang dimuat naik bersama seorang lelaki misteri baru-baru ini.

    Ujar Cik B, lelaki tersebut merupakan kawan lama dan tiada sebarang hubungan istimewa.

    Dia hanyalah kawan baik saja, kena ‘friend-zone’ kiranya. Tak boleh nak dedahkan siapa lagi, tunggu masa yang sesuai. Apa pun, dia bukanlah teman istimewa.

    Kami saling mengenali sejak enam tahun lalu dan sering keluar bersama, nama pun kawan baik.

    Ketika itu saya sedang bersedih. Saya minta dia untuk belikan bunga, dia pun beli dan kami keluar makan. Bagi saya, dia seorang kawan yang bagus.

    Pada akhir perkongsian, Cik B akui lebih senang berkawan dengan individu yang ‘sekufu’ daripada segi pemikiran.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah