27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik B Hadiah Kasut Untuk Alyssa Dezek – ‘Bangga Ada Kawan Raih SPM 9A’

    Shopee Sale

    Persahabatan personaliti media sosial, Cik B bersama Alyssa Dezek menjadi lebih erat apabila dia menghadiahkan pelakon itu sepasang kasut sebagai penghargaan atas kejayaannya meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

    Artikel Berkaitan: Alyssa Dezek Raih ‘Straight A’ SPM 2025, Buktikan Kejayaan Akademik & Kerjaya Seni

    MENARIK:  Akaun Instagram Bekas Suami Dewi Diserang Pengikut Wanita – ‘Hensem Duda Ni’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Seronok Ada Kawan Sekufu, Faham Perasaan – ‘Sebelum Ini Dapat Kawan Nauzubillah Min Zalik’

    Hadiahkan kasut

    " data-video-id="7624112147550735637" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @cikb_havoc

    Congratulations @Alyssa dapat 9A #tiktokmalaysia #cikb #spm

    ♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

    Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 21, meluahkan rasa bangga apabila rakannya itu memperoleh 9A dalam SPM.

    Saya nak carikan dia hadiah sebab bangga dapat kawan yang dapat 9A dalam SPM.

    Saya mesej ibu Alyssa, ibu dia kata Alyssa suka beg Dior tapi dalam pusat beli-belah ini tiada Dior pula. Ibu dia pun beritahu yang Alyssa pun suka kasut.

    Sementara itu, Alyssa yang terkejut dengan hadiah yang diberikan Cik B yang juga anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida meluahkan rasa bersyukur di atas pemberiannya.

    Alyssa dilihat tidak dapat menahan sebak apabila Cik B datang ke rumahnya untuk memberikannya sepasang kasut dan juga sejambak bunga kepadanya.

    Cik B datang jauh-jauh dari Ipoh untuk bagi hadiah kejutan sempena pencapaian SPM saya.

    Terima kasih banyak Cik B, semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.

    Sumber: TikTok

    The post Cik B Hadiah Kasut Untuk Alyssa Dezek – ‘Bangga Ada Kawan Raih SPM 9A’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah