Khasiat pisang terhadap kesihatan tubuh dan otot tidak boleh dipandang ringan kerana ia kaya dengan serat dan antioksidan yang menyokong pencernaan serta melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.
Artikel Berkaitan: Haid Tidak Teratur? Amalkan Cara Ini Untuk Bantu Kitaran Jadi Lebih Stabil
Artikel Berkaitan: ‘Sunscreen’ Atau ‘Sunblock’? Jangan Keliru! Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu
Tidur lebih berkualiti

Buah ini membekalkan nutrien penting seperti potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein, dan sedikit lemak sihat yang menyumbang kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh.
Kandungan nutrien dalam buah ini menyokong penghasilan hormon yang membantu tubuh dan minda lebih tenang, sekali gus membolehkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.
Dari segi kesihatan fizikal, pisang bermanfaat untuk otot dan tulang kerana kandungan kaliumnya membantu mengekalkan keseimbangan dalaman tubuh dan menyokong pembentukan otot.
Bagi kesihatan tulang, sebatian dalam buah pisang membantu tubuh menyerap mineral penting seperti kalsium dan magnesium dengan lebih berkesan, sekali gus menyokong kekuatan, serta kesihatan tulang secara keseluruhan.
Tingkatkan mood

Selain itu, buah pisang turut menyumbang kepada kesihatan mental kerana nutrien dalam buah ini membantu meningkatkan mood, mengurangkan risiko kemurungan, dan menyokong kesejahteraan emosi secara menyeluruh.
Bagi individu yang ingin menurunkan atau mengekalkan berat badan, buah ini merupakan pilihan snek yang ideal.
Walaupun rasanya manis, buah ini mempunyai rendah kalori tetapi kaya dengan nutrien, sekali gus membantu mengawal selera makan dan mengekalkan rasa kenyang lebih lama.
Hal ini kerana kandungan pati tahan hadam dalam pisang memperlahankan proses pencernaan, sekaligus mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan sepanjang hari.
Sumber: Maskulin
The post Buah Pisang Bantu Tingkatkan Kualiti Tidur & Kurangkan Risiko Kemurungan first appeared on OHBULAN!.





