Penyanyi Shiha Zikir terus membuktikan profesionalismenya apabila semakin mendapat perhatian dan kerap menerima undangan untuk membuat persembahan di acara-acara korporat eksklusif.
Artikel Berkaitan: ‘Amad Sudah Minta Maaf Dengan Shiha, Hanya Gurauan Seorang Kakak & Adik’ – Siti Sairah
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’
Tanggungjawab memastikan klien berpuas hati

Menurut Shiha, atau nama penuhnya Nurshiha Mohd Zikir, 38, setiap jemputan yang diterimanya bukan sekadar memenuhi persembahan, sebaliknya membawa bersama tanggungjawab yang besar.
Syukur Alhamdulillah, saya selalu memenuhi undangan persembahan korporat sejak dulu lagi.
Bagi saya, persembahan sebegini merupakan antara sumber pendapatan yang penting untuk saya sebagai seorang penyanyi.
Apabila menerima tawaran untuk buat persembahan, saya akan cuba memuaskan hati pihak klien sebaik mungkin yakni menghiburkan mereka serta tetamu yang hadir.
Menghibur itu pula bukan terikat pada menyanyi semata-mata, saya akan sentiasa berinteraksi dengan para hadirin seperti bermain game, berborak dan sebagainya.
Bukanlah datang menyanyi kemudian ucap selamat tinggal begitu saja.
Menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa

Lebih membanggakan, pelantun lagu Angan itu turut mendedahkan bahawa kemampuannya menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa menjadikannya antara pilihan untuk acara berprofil tinggi.
Antara maklum balas yang kerap saya terima, ramai yang suka apabila saya boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa.
Jika kita perhatikan pun, memang ada ramai bosses dalam sesebuah syarikat yang bukan berbangsa Melayu, malah ada yang dari Jepun, Thailand, Filipina dan pelbagai negara lain.
Biasanya kalau diminta untuk menyanyi lagu dalam bahasa selain Melayu dan Inggeris, saya akan terus cakap boleh.
Saya pun sudah belajar lagu-lagu bahasa asing sejak datang Kuala Lumpur dulu, jadi kalau klien buat permintaan, saya bersetuju sahaja.
Kalau dapat lagu yang saya tak pernah menyanyi sekalipun saya akan belajar untuk kuasai sebutan dan nyanyian dengan baik.
Kalau nak tahu, antara lagu bahasa asing yang pernah saya nyanyikan adalah dalam Bahasa Cina, India, Thailand, Filipina, Jepun, Korea, Sepanyol, Arab dan banyak lagi.
Shiha turut mengakui dia ingin menjadi seperti Allahyarham Sharifah Aini dan Anita Sarawak, yang terkenal dengan persembahan versatil dan penuh penghayatan.
Saya amat mengagumi mentor saya iaitu Allahyarham Sharifah Aini dan penghibur handalan Anita Sarawak.
Kalau boleh saya mahu jadi versatil seperti mereka. Sebab itu saya tak pernah ambil mudah apabila melibatkan soal nyanyian atau persembahan di pentas.
Dalam masa yang sama, Shiha juga sibuk dengan jadual yang padat berkaitan dengan urusan perniagaan melalui Shiha Zikir Empire (SZE) dan Shiha Zikir Nasi Ayam.
Mungkin masih ramai yang belum tahu, selain menyanyi saya juga menjalankan kerja-kerja selaku penganjur acara.
Pendek kata memang memang kami buat sehabis baik dari segi muzik, opening gambit, dekorasi dewan, kerja-kerja kreatif, semua SZE boleh buat.
Shiha kini dalam fasa akhir menyiapkan single terbaru bertemakan tradisional yang menampilkan elemen silat dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
The post Boleh Menyanyi Dalam Pelbagai Bahasa, Shiha Zikir Raih Undangan Persembahan Di Acara Korporat first appeared on OHBULAN!.





