34 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Tinggal Di KL, Saya Tak Dapat Ketenangan Seperti Di Kuala Kubu Bharu’ – Aiman Tino

    Shopee Sale



    Memilih ketenangan berbanding hiruk pikuk kota menjadi sebab mengapa penyanyi, Aiman Tino membeli sebuah kediaman di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

    Rumah di Kuala Kubu

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Aiman TiNo (@official_aimantino)

    Ketika ditemui , Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri berkata, sebelum ini dia pernah merasa kedamaian suasana di luar bandar ketika membesar di Kuala Kubu Bharu.

    Saya membesar di sana (Kuala Kubu Bharu), saya tahu persekitarannya macam mana. Bila dah kahwin tinggal di Kuala Lumpur, saya tak dapat ketenangan yang ada di Kuala Kubu Bharu.

    Bagi orang mungkin jauh Kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bharu tu, tapi bagi saya sendiri dah ulang-alik hari-hari dulu tak rasa jauh pun, 40 minit sahaja.

    Aiman berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era yang berlangsung di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul pada baru-baru ini.

    Perancangan Aiman

    Menurut pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu, dia dan isteri masih lagi mempertimbangkan keputusan sama ada berpindah atau tidak berikutan ketika ini mereka sedang menjalankan perniagaan di ibu kota.

    InsyaAllah saya rancang masuk ke rumah baru lepas raya Aidiladha ini. Apa boleh saya katakan, rumah saya sudah 70 peratus hampir siap.

    Tapi sebenarnya masih dalam perbincangan dengan isteri sama ada kami nak menetap di rumah baru atau jadikan homestay.

    Sebab sekarang ini saya menyewa di Bangsar dan kebetulan akan buka kedai makan. Jadi banyak perkara perlu kami ambil kira.

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun tersebut memberitahu kediaman yang berharga RM250,000 berkenaan dijangka siap pengubahsuaiannya pada Jun ini.

    MENARIK:  Risteena Dedah Terima DM Lucah, Ditawar RM10k Untuk ‘Video Call’ – ‘Teman Ehem-Ehem, Tapi Tengok Sahaja’

    Terdahulu, Aiman memaklumkan telah membeli sebuah rumah yang berusia lebih 30 tahun di lokasi berkenaan.

    Pilihan membeli rumah tersebut disifatkan berbaloi kerana Aiman percaya kepada potensi kediaman jenis teres setingkat itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah