28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Dah Kahwin, Kita Je Kenal Suami Luar Dalam’ – Syifa Melvin Rindu Safawi Rasid, Titip Doa Dari Jauh

    Shopee Sale



    Syifa Melvin

    Harus berjauhan untuk seketika, pelakon Syifa Melvin meluahkan rasa rindu terhadap suami iaitu pemain bola sepak, Safawi Rasid yang kini berada di Bangkok, Thailand atas komitmen kerja.

    Rindu & risau

    Syifa Melvin

    Syifa atau nama lengkap Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 34, berkata, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk suaminya yang membanting tulang empat kerat demi menyara keluarga.

    Rindu suami extra sikit. Suami travel jauh cari rezeki untuk anak bini, demi kelangsungan hidup.

    Selalulah kita doa kesejahteraan, keselamatan suami. Walaupun selalu kena tinggal tapi tidak apa, doa dan semangat selalu mengiringi.

    Semoga suami suami kita selamat pergi balik cari rezeki, dikurniakan hati yang tenang supaya kebaikan itu semua kita dan keluarga dapat rasa.

    Syifa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

    Kenal luar dalam

    Syifa Melvin

    Syifa Melvin

    Dalam hantaran sama, Syifa mengakui rasa rindu sewaktu mereka bercinta dan selepas berkahwin adalah berbeza.

    Berbeza sangat perasaan rindu bercinta dengan rindu dah kahwin. Rindu dan risau, risau yang ke arah keselamatan dia.

    Kalau bercinta risau pada benda yang bukan-bukan, bila dah kahwin kita je kenal suami kita luar dalam. Dia juga yang kenal kita luar dalam, bukan orang lain termasuk keluarga.

    Sekadar info, Safawi yang juga pemain skuad Terengganu FC kini berada di Bangkok bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala ACC Shopee.

    MENARIK:  ‘Dulu Orang Kenal Saya Jahat, Liar..Buat Dosa & Confirm Masuk Neraka’ – Haneesya Buka Buku Baru, Pilih Guna Nama Asal

    Imbas kembali, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada November 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia setahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah