Pelakon Indonesia, Olla Ramlan tidak melihat perbezaan jarak usia 25 tahun dengan teman lelakinya, Tristan Molina sebagai satu halangan untuk mereka menjalin hubungan cinta.
Artikel Berkaitan: Impak ‘Walid’, Faizal Hussein Terima DM Wanita Indonesia Minta Jadi Isteri – ‘Ramai Ajak Kahwin’
Beza umur 21 tahun

Olla, 46, berkata meskipun Tristan seusia dengan anak sulungnya, Sean Mikael Alexandar, 21, namun anak-anaknya menerima baik hubungan tersebut.
Jelas aktres itu, sikap matang dimiliki Tristan membuatkan dia selesa berkawan dan menjalinkan hubungan dengannya walaupun masih muda.
Anak saya lebih tua lima bulan daripada Tristan. Dia sebaya dengan anak saya, tetapi soal rezeki, jodoh dan maut hanya Allah yang tahu.
Saya juga sudah dua kali bercerai. Siapa yang mahu bercerai? Kita pun tidak tahu akan dipertemukan dengan orang yang muda atau berusia seperti Walid.
Jadi saya jalani hidup seperti biasa. Semampu saya, yang penting saya bekerja demi anak-anak dan masa depan mereka. Saya juga tidak menyangka akan bertemu Tristan, jadi saya hanya jalani saja.
Olla berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Meskipun Triston masih muda, Olla berkata, lelaki itu memiliki pemikiran yang matang disebabkan sudah biasa hidup berdikari dan bekerja sejak umur 16 tahun.
Dia matang, mungkin kerana sudah bekerja dari umur 16 tahun dan hidup berdikari. Dia juga seorang yang baik, kalau tidak baik tak mungkin saya memilih dia. Anak perempuan saya yang masih kecil juga rapat dengannya.
Dia seorang yang baik dan rendah diri, itu yang membuatkan saya terpikat. Dia juga tidak terlalu memikirkan cakap-cakap orang. Saya sendiri tidak menyangka akan bercinta dengannya, semuanya berlaku tanpa dirancang.
Cabaran Walid

Dalam pada itu, Olla turut berkongsi pengalaman membintangi siri Walid terbitan Viu Malaysia yang disifatkannya sebagai pengalaman baharu, selain menjadi projek pertama bersama produksi dari Malaysia.
Namun cabaran terbesar bagi Olla bukanlah adegan bersama watak Walid yang dilakonkan Faizal Hussein, sebaliknya kekangan bahasa.
Semua pelakon seperti Faizal Hussein dan kru sangat baik dan ramah. Mereka menyambut saya dengan baik, apatah lagi saya satu-satunya pelakon dari Indonesia.
Cabaran saya hanyalah pada skrip kerana semua orang di set menggunakan bahasa Malaysia. Jadi saya perlu menterjemah skrip terlebih dahulu ke bahasa Indonesia untuk memahaminya.
Cabaran kedua pula ialah lokasi penggambaran yang agak jauh kerana kami menjalani penggambaran di kawasan hutan di Perak.
The post Bercinta Dengan Jejaka Umur 21, Olla Ramlan Puji Kematangan Triston – ‘Dia Sebaya Dengan Anak Saya’ first appeared on OHBULAN!.





