30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Menawarkan Pelbagai Kuih Raya Sepanjang Bulan Ramadan – Ada Batang Buruk & Red Velvet Cookies

    Shopee Sale



    Bella Astillah

    Pelakon Bella Astillah memaklumkan dia akan menjual beberapa jenis kuih raya sepanjang Ramadan tahun ini.

    Resepi turun temurun

    Bella Astillah

    Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, kesemua jenis kuih raya yang dijual merupakan air tangan sendiri dan resepi turun temurun keluarga.

    Saya memang suka buat kuih raya sejak kecil jadi tahun ini saya akan bisnes kuih raya. Saya buat semuanya dari air tangan sendiri tetapi mungkin bukan dalam kuantiti yang banyak.

    Antara jenis kuih yang saya buat ialah ada red velvet cookies dan batang buruk resipi sendiri yang sangat popular di Sabah dan berbeza seperti batang buruk di sini (Semenanjung).

    Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Absolute Bazaar yang berlangsung di MITEC, baru-baru ini.

    Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, selain sibuk dengan perniagaan menjual kuih raya, kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan.

    Kerja memang ada tetapi saya pun nak luangkan masa dengan anak. Persiapan raya lagi dan paling takut kalau dilakukan ‘last minute’. Kelam kabut, boleh pening dan demam dibuatnya.

    MENARIK:  Aisha Retno Alami ‘Panic Attack’ & Pengsan, Minta Maaf Tak Dapat Balas Mesej – ‘Saya Sedang Berehat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah