31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa Kandung Memukul Gadis Kerana Melaporkan Pengalaman Dirinya Diperogol

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Seorang remaja perempuan dipukul selepas mendedahkan kepada teman wanita bapanya bahawa dia pernah menjadi mangsa rogol lelaki itu.

    Jadi mangsa rogol bapa kandung

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 17 tahun itu menceritakan kejadian itu kepada teman wanita bapanya. Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, kejadian rogol itu berlaku pada 13 November tahun lalu. Suspek (bapa kandung) yang ketika itu hanya berseluar dalam telah masuk ke bilik mangsa dan merogolnya.

    Menerusi keterangan, mangsa mendakwa sudah menjerit meminta tolong namun suspek menekup mulutnya menggunakan tangan. Difahamkan, ketika kejadian hanya mereka berdua sahaja di rumah tersebut. Mangsa turut diugut supaya merahsiakan kejadian tersebut.

    Bagaimanapun pada Selasa lalu (23 Januari) jam lebih kurang 10.45 malam telah berlaku pergaduhan antara mangsa dengan suspek.

    Suspek yang dalam keadaan mabuk telah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika.

    Menurut sumber, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu tinggal bersama neneknya selepas ibu bapanya bercerai. Namun pada tahun 2022, mangsa tinggal bersama suspek di rumah yang turut didiami oleh teman wanita suspek.

    MENARIK:  Azizul Khamis Merasa Sedih Kerana Kehilangan Kawan-kawannya Sepanjang Masa

    Hasil pemerikasaan mendapati terdapat kedan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

    Suspek telah ditahan polis dan Kes disiasat di bawah Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman untuk kelakuan sumbang mahram akan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun, dan juga akan dihukum dengan sebatan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah