28.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azfar Heri Perjelas Salah Faham – ‘Rumah Baru Itu Saya Cuma Sewa, Belum Beli’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Azfar Heri tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai berkenaan dakwaan yang mengatakan dirinya telah membeli sebuah kediaman baharu di ibu kota sehingga mencetuskan sindiran daripada segelintir pihak.

    Artikel Berkaitan: Pernah Diperlekeh Kerana Dapur Buruk, Azfar Heri Kini Miliki Kediaman Mewah Di Tengah Kuala Lumpur

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azfar Heri Pernah Diekori Individu Tak Dikenali, Terima Pulut Kuning Waktu Maghrib – ‘Seram..Saya Terus Buang’

    Sewa rumah

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Azfar berkata dia hanya menyewa rumah tersebut dan perkara itu sudah pun dimaklumkan dalam video vlog yang dimuat naik sebelum ini.

    Mintak maaf tapi ramai salah faham sampai ada yang dah mula sindir-menyindir.

    Dalam vlog semalam saya sudah beritahu rumah baru ini saya cuma sewa sahaja, belum beli.

    Menurut Azfar, meskipun rumah tersebut hanya disewa dia tetap menganggapnya sebagai satu kejayaan besar terutama bagi individu sepertinya yang bermula dari bawah.

    Jelas Azfar, sekiranya dikurniakan rezeki lebih dia berharap suatu hari nanti dapat tinggal bersama keluarganya di rumah tersebut.

    Untuk orang yang mula zero dari bawah, dapat sewa sini pun satu rezeki yang besar untuk saya.

    Inshaa-Allah langkah demi langkah, ada rezeki lebih nanti mana tahu boleh beli rumah duduk ramai-ramai dengan keluarga pula.

    Terdahulu, Azfar berkongsi keterujaan memulakan fasa baharu di rumah bujang menerusi saluran YouTube miliknya selepas berpindah ke sebuah kediaman di pusat bandar Kuala Lumpur yang terletak berhampiran KLCC.

    MENARIK:  [VIDEO] Diana Rafar Dedah Sifat OCD Zamarul Hisham – ‘Dia Lap Basikal Dari Lepas Isyak Sampai Subuh’

    Sumber: Threads

    The post Azfar Heri Perjelas Salah Faham – ‘Rumah Baru Itu Saya Cuma Sewa, Belum Beli’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah