25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awesome TV Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh & Abu Mamu

    Shopee Sale

    Pihak Awesome TV memaklumkan satu tindakan undang-undang telah difailkan terhadap tiga selebriti berikutan kenyataan berunsur fitnah yang disebarkan melalui media sosial masing-masing.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Nak Pakai Duit Untuk Beli Pampers, Susu & Stoma Bag Ayah’ – Amir Raja Lawak Merayu Stesen TV Lunaskan Hutang RM18,000

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’

    Penyebaran fitnah

    Menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik, stesen televisyen itu berkata tindakan itu dibuat susulan penyebaran dakwaan tidak berasas oleh pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak, Mamak Puteh dan Abu Mamu.

    Sebelum ini, ketiga selebriti itu menuduh Awesome TV gagal melunaskan bayaran bagi pembabitan mereka dalam program televisyen yang disiarkan di stesen terbabit.

    Semua program yang disiarkan di saluran kami diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat produksi luar dan sebarang urusan kontrak serta pembayaran artis adalah tanggungjawab penuh pihak produksi berkenaan.

    Kenyataan fitnah yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga individu terbabit sudah menjejaskan imej serta reputasi Awesome TV.

    Dibawa ke parlimen

    Dalam pada itu, Awesome TV juga tidak menyangka isu tersebut dibawa ke Parlimen oleh Syerleena Abdul Rashid (ahli Parlimen Bukit Bendera) tanpa sebarang pemeriksaan dan fakta yang lebih teliti.

    MENARIK:  Azlan Komeng & Nilam Enggan Minta Sumbangan, Rela Berniaga Untuk Tampung Kehidupan – ‘Hasil Jualan Boleh Beli Lampin, Susu’

    Katanya, perkara itu sekali gus mengundang salah faham dan memberi gambaran yang tidak tepat terhadap pihak Awesome TV.

    Sebagai ahli parlimen, dia sepatutnya berlaku adil menyiasat fakta sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

    Justeru itu, pihak Awesome TV sudah mengarahkan firma guaman Shafie & Co untuk memfailkan saman berunsur fitnah terhadap mereka bagi melindungi integriti Awesome TV.

    Awesome TV memandang serius sebarang tuduhan yang tidak berasas dan sebarang usaha untuk mencemarkan nama baik Awesome TV.

    Stesen TV itu komited menyediakan kandungan berkualiti kepada rakyat dan akan terus mempertahankan hak serta reputasinya melalui saluran undang-undang yang sewajarnya.

    Sumber: Threads

    The post Awesome TV Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Amir Raja Lawak, Mamak Puteh & Abu Mamu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah