26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atilia Haron Bangga Umur Cecah 51 Tahun, Tidak Setuju Perlu Dirahsiakan – ‘Saya Percaya Boleh Beri Inspirasi Kepada Orang Lain’

    Shopee Sale

    Penyanyi Atilia Haron tidak pernah menganggap umur sebagai satu kelemahan malah memilih untuk meraikannya secara terbuka dengan penuh bangga.

    Artikel Berkaitan: Atilia Haron ‘Muak’ Penyanyi Salahkan Juruaudio – ‘Kalau Betul Sedap, Nyanyi Dalam Longkang Pun Sedap’

    Artikel Berkaitan: Netizen Nampak Tatu Di Badan Atilia Haron?

    Tak kisah pasal umur

    Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Raja Putri Atilia Raja Harun, 51, berkata umur bukanlah sesuatu yang perlu disembunyikan.

    Baginya, ia adalah simbol kematangan, perjalanan hidup dan pencapaian yang membentuk dirinya hari ini.

    Saya suka berkongsi umur saya kerana saya percaya ia boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

    Kenapa perlu sembunyikan sesuatu yang menunjukkan kematangan, pengalaman, dan keyakinan?

    Bercerita lanjut, penyanyi Silly Little Thing itu berkongsi sebelum ini dia pernah dinasihatkan oleh seseorang yang terkenal dalam industri hiburan agar tidak mendedahkan umur sebenar.

    Secara jujur itu memang tidak masuk akal. Umur bukan satu rahsia yang memalukan.

    Ia bukti bahawa kita telah hidup, belajar, dan berkembang.

    Sudah tiba masanya kita hentikan pandangan negatif industri terhadap umur daripada menentukan cara kita menghargai diri sendiri.

    Saya di sini untuk bangga dengan usia saya, bukan padamkannya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Ellie Suriaty Dilamun Cinta Dengan Jejaka Berusia Lewat 30an – ‘Tak Nak Cerita Lebih, Takut Tak Jadi..Malu’

    The post Atilia Haron Bangga Umur Cecah 51 Tahun, Tidak Setuju Perlu Dirahsiakan – ‘Saya Percaya Boleh Beri Inspirasi Kepada Orang Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah