26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anzalna Nasir Sifatkan Anak Lelaki Romantik, Terharu Beri Duit Suruh ‘Shopping’ – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Dia Besar’

    Shopee Sale



    Pelakon Anzalna Nasir menyatakan rasa syukur dikurniakan anak lelaki yang penyayang dan menyenangkan hati.

    Artikel berkaitan: Anzalna Nasir Puji Anak Sentiasa Wangi & Kemas, Sakit Mata Bila Selekeh

    Artikel berkaitan: ‘Saya Perempuan Yang Tak Mengharapkan Lelaki, Sebelum Kahwin Dah Sediakan Segalanya Untuk Masa Depan Saya & Anak-Anak’

    Anak lelaki sangat romantik!

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Anzalna memuat naik petikan sifat anak lelaki pertama mengajar ibu erti dicintai yang sebenar.

    Menurutnya, cahaya mata pertamanya iaitu Mohamad Eidrees, 5, sangat pandai mengambil hatinya.

    Alhamdulillah Allah kurniakan anak sulung lelaki yang sangat penyayang. Selalu belai rambut saya, peluk dan cium mommy dia selalu.

    Setiap malam sebelum tidur akan cium peluk dan suruh mimpi dia. Sangat romantik! Selalu bagi saya bunga hiasan dalam rumah. Yang paling penting tak kedekut!

    Dalam pada itu, Anzalna juga terharu dengan sifat anaknya yang baru berusia lima tahun itu selalu berusaha untuk membahagiakan dirinya.

    Sentiasa belanja mommy dia. Kalau buka wallet Versace dia selalu bagi saya duit suruh saya shopping. Walaupun duit dalam wallet dia tak seberapa tetapi niat dia yang baik tu buat saya terharu.

    Tapi kadang dia buang duit dia dalam tong sampah! Dia fikir kertas kosong ke apa anak oh anak… Sumpah tak sabar nak tunggu dia besar.

    Walaupun baru berusia lima tahun tapi dia boleh terfikir apa yang boleh membahagiakan mommy dia. I love you so much Eidrees! Terima kasih selalu manjakan mommy.

    Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 5, dan Mohamad Emirhan, 2.

    MENARIK:  [VIDEO] Sherry Alhadad Puji Naz Rahman & Sissy Iman – Sangat ‘Classy’, Mereka Tahu Apa Yang Perlu Dicakapkan’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah