25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amylea Menyerahkan Nasib Kepada Takdir – ‘Saya Percaya pada Doa’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Amylea Azizan berkata dia tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh pada usia 37 tahun. Memetik laporan Harian Metro, Amylea yang juga komposer berkata, kuasa Allah mengatasi segala-galanya apabila bertemu jodoh dengan anggota bomba dari Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad atau Ash, 41, penghujung tahun lalu.

    Soal zuriat serah kepada takdir

    Menurut Amylea, sebelum ini dia tidak pernah terfikir soal zuriat memandangkan belum bertemu jodoh pada waktu itu.

    Memanglah saya pengantin baharu, tetapi saya pengantin tua. Kebanyakan teman baik sudah berkeluarga, jadi saya hanya tumpang kasih dan menyayangi anak mereka seperti anak sendiri.

    Saya tak pernah terlintas ada anak sendiri. Tapi, Allah temukan saya dengan suami, jadi soal zuriat saya serahkan kepada takdir. Ada atau tidak, doakan saya bersedia terima dengan reda segala diaturkan oleh Allah.

    Diminta untuk mengulas keistimewaan dimiliki suami, Amylea berkata, sifat jujur dan keikhlasan Ash berjaya menambat hatinya.

    Saya berjumpa dengan ramai orang sepanjang 18 tahun dalam industri. Daripada orang asing, tak berkawan hingga jadi kawan. Tapi saya tidak pernah jumpa orang yang sangat ikhlas dan tak ‘plastik’ seperti Ash.

    Segala yang Ash cakap adalah ikhlas daripada hatinya. Susah nak cari orang yang sayang saya seperti suami. Alhamdulillah, saya tak pernah rasa bahagia macam dirasakan sekarang.

    MENARIK:  Dafi Ismail Tak Puas Hati Anjing Husky Perlu Dipulangkan Kepada Pemilik – ‘Kalau Tak Boleh Sayang Tak Payah Bela’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah