Penganjuran All Star Influencers Award 2026 kembali lagi dengan menghimpunkan lebih 100 pencipta kandungan dan pempengaruh dari lebih 20 negara.
All Star Influencers Award

Ketua Pegawai Eksekutif ASIA iaitu Abd Rahman Soltan berkata, ASIA2026 bukan lagi sekadar malam anugerah, sebaliknya berkembang menjadi platform antarabangsa yang menghubungkan industri pelancongan, budaya dan kandungan digital.
Menurutnya, pengaruh media sosial kini memainkan peranan besar dalam menentukan trend pelancongan global kerana kandungan yang dihasilkan pencipta konten mampu memberi inspirasi kepada jutaan pengguna untuk mengenali sesebuah negara dan budaya.
Tahun ini kita kumpulkan lebih 100 influencer dari seluruh dunia untuk hasilkan konten kreatif mempromosikan Malaysia. Fokus utama kita adalah lokasi menarik, makanan lokal dan budaya yang unik.
Kita tak pilih influencer berdasarkan jumlah followers semata-mata sebab followers boleh dibeli. Apa yang kita tengok ialah engagement, kreativiti dan cara mereka menyampaikan sesuatu konten.
Menurut Abd Rahman, setiap pempengaruh diwajibkan memuat naik sekurang-kurangnya satu kandungan di TikTok dan Instagram setiap hari sepanjang program berlangsung.
Budak-budak influencer ini sangat kritis. Mereka nak konten berbeza setiap hari. Jadi kita perlu pastikan setiap lokasi dan aktiviti ada kelainan supaya audiens mereka tak bosan.
Tambahhnya lagi, pihaknya lebih mengutamakan content creator yang sedang meningkat naik dan aktif menghasilkan kandungan berimpak tinggi berbanding individu yang hanya mempunyai jumlah pengikut besar.
Kita nak tengok bagaimana mereka bercerita tentang makanan, budaya, lokasi dan pengalaman mereka di Malaysia. Cara video dihasilkan itu sangat penting.
Sepanjang tujuh bulan pelaksanaan, delegasi influencer tempatan dan antarabangsa akan menjelajah ke beberapa negeri antaranya Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Pahang dan Sabah.
Setiap lokasi akan diketengahkan menerusi kandungan digital melibatkan pelancongan, budaya, makanan tradisional, gaya hidup tempatan serta aktiviti komuniti yang dipromosikan terus kepada jutaan pengikut mereka di seluruh dunia.
Penganjuran itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Malam kemuncak All Star Influencers Award 2026 dijadual berlangsung pada November 2026 dengan mempertandingkan 14 kategori termasuk tiga anugerah utama.
The post All Star Influencers Award Kembali Lagi, Utamakan Pencipta Kandungan Berkualiti – ‘Bukan Sekadar Followers Tapi Engagement & Kreativiti Konten’ first appeared on OHBULAN!.





