ALL STAR INFLUENCER AWARD (ASIA) 2025 bakal menjadi pentas utama dunia digital bagi 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia dan Timur Tengah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Dedah Alami Depresi, Tersentak Selepas Ditegur Anak – ‘Selalu Ceria Tiba-Tiba Jadi Pendiam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Influencer Berpelajaran Borak’ – Netizen Kagum Dengan Konteks Perbualan Khairul Aming & Mat Luthfi
All Star Influencer Award (Asia) 2025

Para peserta akan menjelajah ke lapan negeri di seluruh Malaysia bagi menyertai aktiviti penciptaan kandungan kreatif yang menampilkan keindahan, budaya dan keunikan destinasi pelancongan tempatan sebelum melangkah ke malam anugerah.
Menurut penganjur, Dato. Abd. Rahman Soltan, setiap dua negeri bakal menerima 20 pencipta kandungan dan menjalankan pelbagai eksplorasi.
Setiap dua negeri akan menerima 20 pencipta kandungan dalam tempoh tertentu, di mana mereka akan terlibat dalam pelbagai eksplorasi dari makanan tempatan, seni budaya, alam semula jadi hinggalah ke cabaran digital.
Peserta akan memulakan perjalanan di Johor dan Pahang dari 20 hingga 25 Julai, diikuti dengan destinasi seterusnya di Melaka dan Selangor pada 17 hingga 20 Ogos. Seterusnya, rombongan akan bergerak ke Pulau Pinang dan Langkawi dari 14 hingga 20 September, sebelum menamatkan siri jelajah di Sabah pada 14 hingga 17 Oktober.
ASIA2025 turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang bertujuan mempromosikan keindahan, kepelbagaian budaya dan destinasi pelancongan negara kepada seluruh dunia.
Ini adalah antara platform digital terbaik untuk terus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancongan digital dan kreatif di rantau ini. Gabungan pengaruh digital dan keunikan budaya tempatan dijangka meningkatkan lagi kesedaran global terhadap tarikan pelancongan Malaysia menjelang tahun 2026.
Semua peserta yang terlibat dalam jelajah ini akan kembali berkumpul untuk menghadiri Majlis Gala Anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 19 Oktober 2025. Lokasi majlis berprestij ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti peserta, pemenang utama akan menerima wang tunai USD15,000 bersama percutian eksklusif ke Dubai. Tempat kedua akan membawa pulang USD5,000 dan turut menikmati percutian ke Dubai, manakala tempat ketiga akan menerima USD1,000 serta pakej percutian yang sama.
Selain itu, sepuluh peserta terbaik keseluruhan akan dipilih untuk menyertai sebuah trip eksklusif yang ditaja sepenuhnya ke Dubai, sebagai penghargaan atas kandungan berkualiti dan pengaruh luar biasa yang mereka tampilkan sepanjang program ini.
Secara keseluruhan, lebih 13 kategori anugerah akan dipertandingkan, antaranya:
- Best Gourmet Award
- Best Storyteller
- Best Mixed Dance
- Best Transition
- Best Culture Curator
- Best Comedy Maestro
- Best Mixed Language
- Best State Compilation
- Best Content Creation
- Best Influencer Award
Program berskala besar ini turut menerima sokongan padu dan tajaan daripada pelbagai pihak, antaranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia, serta jenama-jenama terkenal seperti Tune Talk, Sally Beauty by Sally, Argania, Yute by thelikeyuti, AN by Harissa Adlynn dan Atlanta Resources.
Kami mahu Malaysia menjadi hab pencipta kandungan digital serantau. Selain menyatukan pelbagai budaya, program ini turut memberi peluang untuk peserta mengangkat imej Malaysia ke peringkat lebih tinggi melalui kreativiti mereka.
Dengan gabungan pengaruh digital, lokasi eksotik dan hadiah lumayan, edisi tahun ini dijangka menjadi antara acara paling dinantikan dalam dunia pencipta kandungan Asia dan Timur Tengah.
Tahun lepas, tanda pagar #AllStarInfluencerAward2024 berjaya mendapat lebih 500juta capaian digital di aplikasi Tiktok dan tular di pelbagai platform media sosial dalam tempoh satu tahun sahaja.
Untuk info, pempengaruh Indonesia, Saal Haerid mengungguli anugerah utama All Star Influencers Award (ASIA) 2024, sekaligus melakar sejarah dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000, trofi eksklusif, dan pakej percutian mewah ke Dubai.
Saal turut dianugerahkan kategori Ciptaan Kandungan Terbaik, sekali gus membawa pulang trofi bersama wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM4,419.50). Sementara itu, Abyan Calief dari Indonesia meraih tempat kedua, manakala Imranul Effendi dari Malaysia membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 (RM13,258.51), serta hadiah percutian ke Dubai.
The post All Star Influencer Award (Asia) 2025 Bakal Tampilkan 80 ‘Influencer’ Dari 20 Negara first appeared on OHBULAN!.





