31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akaun IG Nilofa Tampil Mohon Maaf, Isu Promosi Produk Guna Gambar Didakwa Tidak Senonoh

    Shopee Sale



    Usahawan terkenal, Neelofa telah mencetuskan kritikan warga maya apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai ‘double meaning’ dalam usaha mempromosikan produknya.

    Berikutan daripada itu, syarikat Nilofa Group telah tampil membuat permohonan maaf.

    Mohon maaf

    Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram (IG) rasmi Nilofa Group, semalam, syarikat itu mengakui wujud salah faham sehingga perkara itu menjadi bualan hangat di media sosial.

    Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan.

    Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan.

    Tambah Nilofa Group, mereka dengan rendah hati menerima segala teguran yang diberikan oleh netizen dan berjanji akan menggunakan teknik pemasaran yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat umum.

    Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini.

    Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.

    Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua.

    Menerusi pemerhatian pihak OhBulan, posting foto grafik itu telah dipadam.

    MENARIK:  Ibu Menerima Kek & Sejadah dari Anak Sebelum Kemalangan – ‘Ini Hadiah Aqif yang Mahal’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah